Skip to main content

TSUNAMI 11 MAC 2011




Tsunami...tsunami...tsunami... kali ini melanda Jepun pula.  Tsunami yang pernah berlaku di Acheh mengorbankan banyak jiwa.  Gempa bumi yang teruk berskala 8.9 telah melanda Jepun dan mengakibatkan Tsunami. Sehingga pukul 6.30 petang waktu Malaysia, mengikut businessandleadership, 26 orang terkorban. Gempa bumi tersebut melanda pada pukul 2.46 petang (waktu Jepun) atau 1.46 petang ( waktu Malaysia ) pada 11 Mac 2011.

Mengikut mirror, gempa bumi  ini adalah yang paling teruk di Jepun dalam sejarah 140 tahun dan ianya 8,000 kali ganda yang melanda Christchurch, New Zealand bulan lepas. Sebelum ini, yang paling dasyat berlaku pada tahun 1923 di Canto (berskala 8.3 yang membunuh 143,000 orang) dan pada tahun 1996 di Kobe (berskala 7.2 yang membunuh 6,400 orang)

Mengikut  Berita TV3 , telah menyatakan gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.
Stesen Televisyen Tempatan, N-H-K berjaya merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan.
Sesungguhnya tiada siapa yang boleh melawan qada dan qadar dari-Nya.
 Semoga kejadian ini akan menginsafkan kita semua.
Alhamdulilah rakyat Malaysia terselamat dari musibah yang menggerunkan ini. 














Berikut adalah antara gambar yang menunjukkan gempa bumi @tsunami.

credit: bbc
credit: businessinsider

credit: visualnews





Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...