Skip to main content

KEPERCAYAAN DALAM PENYELIAAN

Penyeliaan menjadi aspek penting dalam pendidikan. Malah pada peringkat negeri sendiri ditubuhkan jawatankuasa Pemantauan yang bergerak dari daerah ke daerah. Memang ramai yang setuju.

Merancang adalah perkara mudah tetapi melaksanakannya menjadi masalah, terutamanya apabila penyeliaan kurang berkesan.

Dalam suatu perbincangan antara pengetua, aspek ini dibincangkan sebagai tajuk bengkel. Dalam sumbangan pengetua menerangkan, beliau menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan dan guru-guru kanan.

Seorang lagi menceritakan usaha beliau menyeliakan secara ‘diam-diam’. ‘ Saya pura-pura menengok tukang kebun, sebenarnya saya memasang telinga mendengar pengajaran cikgu di dalam kelas.”

Apabila sampai giliran cikgu Nun, ‘ Saya? Saya perlu mengakui kekurangan yang ada. Saya hanya mampu berada di satu tempat pada satu masa. Hendak tidak hendak saya terpaksa PERCAYA kepada guru-guru atau mengamalkan ‘penyeliaan berdasarkan kepercayaan. ’

Saya terangkan kepada staf saya. “ Saya memang tidak mampu menyelia setiap guru. Katakan kita ada 40 buah kelas. Saya hanya mampu berada di satu kelas sahaja. Apa hal dengan 39 buah kelas lagi.? Jadi kita perlu saling percaya-mempercayai. Siapa yang rasa dia tidak boleh dipercayai, sila hantarkan nama kepada saya.”

Tidak seorang pun guru-guru saya datang mengaku yang dia tidak boleh dipercayai dan semuanya meminta supaya diselia.

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...