"Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berilmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak. Yang miskin jangan dihina, yang kaya jangan disanjung. Yang lemah jangan dipijak, yang berkuasa jangan dijulang. Taburkan budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi” -ilmuwan
Salam ceria semua, Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Walaupun program ini dah lama dilaksanakan tetapi tak salahkan rasanya saya updatekan sahaja aktiviti yang telah dilaksanakan, di Tadika Intan Bestari. Bolehkan.... Pada bulan Feb yang lalu antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah sambutan Maulidur Rasul. Antara objektif melaksanakan aktiviti ini ialah mendedahkan kepada para pelajar mengenai Rasulullah kita yang terakhir. Rasa cinta kepadanya melalui beberapa aktiviti yang telah disusun. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah 1. Mencintai tulisan Jawi 2. Kenali keluarga Rasulullah melalui nyanyian 3. Bercerita mengenai kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w 4. Berarak sambil berselawat 4. kuiz dan teka teki 5. Peraduan mewarna Pelbagai hadiah disediakan kepada para perlajar. Kepada para guru Tadika Intan Bestari diucapkan tahniah dan syabas kerana menyediakan semua keperluan untuk program ini. Khusyuk mendengar kisah nabi Kami ber...
pendapat ikhlas dr seorg penuntut ilmu...
ReplyDeletekata2 yg bnr2 mnberi kesedaran... syukran (^.^) hidup ini sememangnya perlukan panduan dan pedoman.. dengan adanya kata2 perangsang sebegini kita dapat menilai dan memuhasabah diri sendiri... dengan iringan lagu nasyid yg mnyentuh kalbu.. terasa diri sangat hina di sisi 4jji.. benar2 mengetuk pintu keinsafan dalam diri.. alhandulillah,, syukur kpd 4jjji krn masih di beri peluang untuk bernafas di bumi yf fana ini dan mencari keredhaan Nya. semoga 4jjl memberkati kita semua.. amin
tq...
ReplyDelete