Skip to main content

TANDA-TANDA KIAMAT AKAN HAMPIR



Firman Allah, maksudnya:
"Manusia Bertanya Kepadamu Tentang Hari Berbangkit (Kiamat). Katakanlah: Sesungguhnya Pengetahuan Tentang (Datangnya) Kiamat Itu Hanya Ada Pada Sisi Allah." Dan Tahukah Kamu (Wahai Muhammad), Boleh Jadi Kiamat Sudah Dekat Pada Waktunya." Al-Ahzab:63)

Tanda-Tanda Kecil Kiamat.
  • Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
  • Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
  • Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
  • Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
  • Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
  • Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
  • Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
  • Banyak berlaku gempa bumi.
  • Zaman sudah dekat mendekati.
  • Banyak fitnah memfitnah.
  • Banyak pembunuhan.
  • Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
  • Ramai orang bermegah dengan projek mega.
  • Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
  • Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
  • Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
  • Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
  • Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
  • Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
  • Ramai orang solihin meninggal dunia.
  • Anak melawan ibubapa.
  • Hujan di musim kemarau.
  • Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
  • Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
  • Setiap desa dikepalai orang munafik.
  • Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
  • Lahir ramai anak hasil perzinaan.
  • Banyak minuman keras.
  • Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
  • Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
  • Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
  • Para pembesar / penguasa melakukan zina.
  • Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
  • Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
  • Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
  • Orang alim sudah tidak disenangi.
  • Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
  • Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
  • Banyak kematian secara mendadak.
  • Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
  • Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
  • Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  • Rasuah berleluasa.
  • Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
  • Ramai orang menjual-beli hukum.
  • Memandang ringan masalah perceraian.


Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.

* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.
· Semua tanda-tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini yang pastinya Kiamat akan tiba. Amin...


Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...