Skip to main content

KENALI KANAK-KANAK CEREBRAL PASLI

Cerebral Palsi
“CEREBRAL” ialah OTAK
“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”
Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan ada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan
– ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Sebelum Kelahiran
  • Jangkitan dalam rahim
  • Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
  • Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran
  • Kelahiran tidak cukup bulan
  • Kecederaan semasa lahir
  • Lemas semasa lahir
  • Jangkitan semasa lahir
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
  • Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
  • Jaundis yang teruk (kemicterus)
  • Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.
Punca-punca :
  • Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
  • Perkembangan otak yang tidak normal.
  • Rembesan (intraeraneal bleeding).
  • Demam kuning.
  • Terhentak / terhempas / kejutan.
  • Serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
  • Bayi kelihatan lembik
  • Lewat perkembangan
  • Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
  • Masalah menyusu
  • Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
  • Sembelit
  • Cepat marah
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy
Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

0 – 10 bulan
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.


1 – 3 tahun
1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.


8 tahun
-Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : 
- Rencatan akal (kurang kecerdasan)
- Kerencatan pertuturan
- Rencatan penglihatan
- Rencatan pendengaran
- Sawan (epilepsy)
- Kecacatan anggota
- Kecacatan gigi
- Masalah mengenai pernafasan
- Masalah mangenai pemakanan
- masalah untuk buang air besar atau kecil.


Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)

Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.

Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.

Atxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.

Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.

Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.

Cortex atau Lapisan Luar Otak 

Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.

Basal Ganglia
Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.

Serebelum
Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik.

Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :

Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.

Masalah pernafasan

Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.


Masalah tidur.

Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.


Masalah pertuturan.

Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.

Masalah pendengaran.

Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.


Masalah penglihatan.

Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.


Reaksi yang tidak normal

Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).

Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.

Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...