Skip to main content

4 TAHAP PENDEKATAN IBUBAPA TERHADAP ANAK



Assalamu ‘alaikum warahmatullah…
Berikut adalah beberapa tips tentang pendekatan ibubapa terhadap anak-anak yang saya perolehi & ingati sejak di bangku IPT lagi melalui satu ceramah agama.  Saya rasa ada kebenarannya pada tips-tips tersebut, dan kalian boleh cuba supaya pendekatan pendidikan & layanan kita terhadap anak-anak sesuai dengan tahap pemikiran & kemanjaan mereka: 

7 Tahun Pertama:
Berilah anak-anak kita kasih sayang yang melimpah. Manjailah mereka. Penuhilah hidup mereka dengan riang dan tawa. Di waktu umur yang sebegini, mereka masih belum layak untuk menerima suara garang kita, marah kita, tengking kita. Tanamilah mereka dengan sifat mahmudah seusia kecil melalui contoh dan teladan.

7 Tahun Kedua:
Perkenalkanlah mereka akan disiplin dan peraturan. Tanamkan di dalam diri anak-anak kita agar hidup berperaturan. Jika solat dan akhlaq mulia belum diajar, maka usah bertangguh. Marahilah mereka andai solat tidak ditunaikan, andai akhlaq mulia dikesampingkan. Namun, kemarahan itu haruslah mempunyai nilai didikan dan asuhan. Berhikmahlah.
7 Tahun Ketiga:
Layanilah mereka seperti kawan. Raikan cita- cita dan minat mereka. Pandulah kecenderungan mereka agar menepati ajaran dan suruhan agama. Jiwa remaja yang sentiasa mencari identiti terkadang keliru jika dibiarkan mereka dipandu dek kawan-kawan. Maka, jadilah kawan/rakan mereka.  Selamilah jiwa mereka. Ketika ini, mereka memerlukan panduan/kawan dalam menyuluh kekeliruan.

7 Tahun Keempat dan Seterusnya:
Mereka kini sudah dewasa. Maka, selayaknyalah mereka dilayan sebagai dewasa. Kata-kata mereka, buah fikiran mereka, idea mereka telah pun matang di waktu sebegini. Usah dipandang lekeh/remeh. Namun, sebagai bapa dan ibu, tugas kita tetap menegur dan memandu mereka sebagai anak2 kita. Berpada-padalah.
Saya pun kadang-kadang terlajak juga. Sebab tulah kita kena saling ingat-mengingati.
Semoga bermanfaat.
WAllahu ta’ala a’lam.


Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

IKHLASKAH KITA ATAU KITA YANG TAK KENANG BUDI...

Assalamualaikum wr.wb... kali ini kita membicarakan topik tentang ikhlas..... Ramai di antara kita, suka menolong orang lain. Tetapi ramai juga yang merasa kecewa kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Itu nada kecewa yang seringkali kita dengar. Banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja tetapi di dalam hati membebel panjang? Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa. Kenapa agaknya kita rasa sebegitu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar saja mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan. Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi. Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi? Ataukah mungkin kita yang TIDAK...