Skip to main content

Parent's Day 1 / 2011 TADIKA INTAN BESTARI


Assalamualaikum wr. wb.

Yang dihormati,
Semua ibubapa & Penjaga, murid-murid Tadika Intan Bestari.



Didoakan semoga pihak ibu bapa/ penjaga berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah s.w.t.

PARENT’S DAY 1 / 2011
Hari perjumpaan bersama ibu bapa akan diadakan seperti diketetapan di bawah;
Tarikh : 01. April 2011 ( Jumaat )
Masa  : 8.30 - 11.30 am ( Jalan Yadi ) / 4.30 - 6.00pm ( Sri Tanjung)

Semoga dengan perjumpaan ini ibu bapa boleh berbincang dan berdiskusi bersama guru mengenai perkembangan pelajar. Ini kerana dengan hubungan dua hala ini pastinya dapat membantu pihak guru meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar.
walau bagaimana pun beberapa perkara berikut perlu diambil perhatian;
  1. Bagi semua pelajar Tadika mereka dikehendaki BERCUTI pada hari tersebut kecuali anak-anak Jagaan
  2. Bagi memudahkan pihak ibu bapa supaya tidak menunggu begitu lama, pihak kami akan memberi semua buku-buku pelajar sehari sebelum Parent’s Day untuk di tandatangani.
Diharapkan semua ibu bapa dapat meluangkan masa pada tarikh yang telah ditetapkan. Kerjasama daripada semua ibu bapa sangat-sangat diharapkan.


sekian terima kasih.



Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...