Skip to main content

DOA DARI AL-QURAN UNTUK KEBAIKAN ZURIAT



Ibubapa yang soleh boleh memberikan contoh yang baik kepada anak2
Setiap kita ingin memiliki anak, zuriat atau keturunan yang bisa membuatkan hati rasa gembira dan bahagia.  Dan sudah tentulah ukurannya pasti kita lihat dari sudut agama kerana ukuran agama lebih abadi sifat dan kesannya.
Pernah seorang ibu bertanya kepada saya apakah yang harus diperbuat untuk membentuk anak-anak supaya menjadi soleh?
Saya yang merupakan seorang bapa muda dan belum banyak pengalaman berasa agak malu untuk menjawab, sekadar mengatakan bahawa ibubapa mesti mendidik anak-anak dengan akhlaq yang soleh dan harus memberikan contoh yang baik.  Kerana anak-anak banyak mencontohi tauladan dan perbuatan dari ibubapa mereka.  Disamping itu, jangan lekang dengan do’a kerana selepas usaha dan ikhtiar, harus kita menyerahkan urusan kita kepada ALLAH.  Hidayah dan taufiq untuk anak-anak adalah haq ALLAH.
Saya menyarankan kepada beliau do’a yang masyhur dibaca oleh masyarakat dari surah al-Furqan, ayat 74.  Kerana itu sahaja setakat yang saya hafal dan amalkan.
Teringat akan hal di atas maka hari ini, saya belek buku ‘Didik Anak Cara Rasulullah SallAllahu ‘Alaihi Wasallam’ yang ditulis oleh Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid terbitan KBC dan alhamdulillah di sana ada disenaraikan doa-doa berkaitan kebaikan keluarga dan zuriat yang dipetik dari al-Quran yang mulia.  Berikut adalah do’a-do’anya:

Ų±َŲØَّنَŲ§ وَŲ§Ų¬ْŲ¹َŁ„ْنَŲ§ Ł…ُŲ³ْŁ„ِŁ…َيْنِ Ł„َكَ وَŁ…ِنْ Ų°ُŲ±ِّيَّŲŖِنَŲ§

 Ų£ُŁ…َّŲ©ً Ł…ُŲ³ْŁ„ِŁ…َŲ©ً Ł„َكَ

Maksudnya:  “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”    (Al-Baqarah : 128)
  

Ų±َŲØِّ هَŲØْ Ł„ِي Ł…ِنْ Ł„َŲÆُنْكَ Ų°ُŲ±ِّيَّŲ©ً Ų·َيِّŲØَŲ©ً Ų„ِنَّكَ

 Ų³َŁ…ِيعُ Ų§Ł„ŲÆُّŲ¹َŲ§Ų”ِ

Maksudnya:  “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (Ali-Imran : 38)

 Ų±َŲØِّ Ų§Ų¬ْŲ¹َŁ„ْ هَŲ°َŲ§ Ų§Ł„ْŲØَŁ„َŲÆَ آمِنًŲ§ وَŲ§Ų¬ْنُŲØْنِي وَŲØَنِيَّ

 Ų£َنْ نَŲ¹ْŲØُŲÆَ الأصْنَŲ§Ł…َِ

Maksudnya:  “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”  (Ibrahim : 35)

 Ų±َŲØِّ Ų§Ų¬ْŲ¹َŁ„ْنِي Ł…ُŁ‚ِŁŠŁ…َ الصَّلاةِ وَŁ…ِنْ Ų°ُŲ±ِّيَّŲŖِي

 Ų±َŲØَّنَŲ§ ŁˆَŲŖَŁ‚َŲØَّŁ„ْ ŲÆُŲ¹َŲ§Ų”ِ

Bermaksud:  “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”  (Ibrahim : 40)

Ų±َŲØَّنَŲ§ Ų§ŲŗْفِŲ±ْ Ł„ِي وَŁ„ِوَŲ§Ł„ِŲÆَيَّ وَŁ„ِŁ„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِنِŁŠŁ†َ يَوْŁ…َ

 ŁŠَŁ‚ُŁˆŁ…ُ Ų§Ł„ْŲ­ِŲ³َŲ§ŲØُ

Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”  (Ibrahim : 41)

 Ų±َŲØَّنَŲ§ هَŲØْ Ł„َنَŲ§ Ł…ِنْ Ų£َŲ²ْوَŲ§Ų¬ِنَŲ§ وَŲ°ُŲ±ِّيَّŲ§ŲŖِنَŲ§ Ł‚ُŲ±َّŲ©َ

 Ų£َŲ¹ْيُنٍ وَŲ§Ų¬ْŲ¹َŁ„ْنَŲ§ Ł„ِŁ„ْŁ…ُŲŖَّŁ‚ِŁŠŁ†َ Ų„ِŁ…َŲ§Ł…ًŲ§

Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”  (Al-Furqan : 74)

 Ų±َŲØِّ Ų£َوْŲ²ِŲ¹ْنِي Ų£َنْ Ų£َŲ“ْكُŲ±َ نِŲ¹ْŁ…َŲŖَكَ Ų§Ł„َّŲŖِي

 Ų£َنْŲ¹َŁ…ْŲŖَ Ų¹َŁ„َيَّ وَŲ¹َŁ„َى وَŲ§Ł„ِŲÆَيَّ وَŲ£َنْ Ų£َŲ¹ْŁ…َŁ„َ 

ŲµَŲ§Ł„ِŲ­ًŲ§ ŲŖَŲ±ْŲ¶َاهُ وَŲ£َŲµْŁ„ِŲ­ْ Ł„ِي فِي Ų°ُŲ±ِّيَّŲŖِي

 Ų„ِنِّي ŲŖُŲØْŲŖُ Ų„ِŁ„َيْكَ وَŲ„ِنِّي Ł…ِنَ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ِŁŠŁ†َ

Bermaksud:  “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”  (Al-Ahqaf : 15)
Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.
wAllahu Ta’ala A’lam.

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...