Skip to main content

DIMANA HILANGNYA


HILANGNYA BUDAYA SALAM ATAU BERSALAM DIKALANGAN ANAK-ANAK KITA.

Salam dan bersalaman (berjabat tangan) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ia boleh mengeratkan bagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara umat, lebih-lebih lagi amalan tersebut adalah salah satu amalan Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam dan para sahabat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud, Nabi Sallallahu alaihi wassalam bersabda.

Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah katanya : "Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam keatasnya "

Apa yang berlaku di kalangan segelintir masyarakat kita sekarang ini, menganggap budaya salam sudah tidak penting lagi.  Apatah lagi mengucapkan salam ketika memasuki rumah. Kadang-kadang saya merasakan mereka ini sudah tidak beradab lagi. Mengharapkan rupa paras sahaja cantik , lawa, segak, tampan tetapi adab dan kesopanan dalam diri hilang sudah…..Dimana Hilangnya.....


Tersentuh apabila membaca artikel teman mengatakan anak-anak remaja dan muda sekarang ini apabila disuruh bersalaman dengan orang yang lebih tua atau tetamu bagai satu penghinaan atau terpaksa sahaja. Jangan kata nak bersembang senyum pun payah. Memang terkilan melihat anak-anak kalau bersikap sedemikian. Tidakkah mereka mengetahui akan kelebihan bersalam itu….

Menurut para ulama, lafaz memberi salam ialah seperti berikut :
Maksud : "Salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu."
Sementara lafaz bagi menjawabnya pula ialah :
Maksud : "Ke atas kamu salam sejahtera dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu".

Amalan bersalaman (berjabat tangan) sudah menjadi lumrah tetapi mungkin sedikit sahaja yang mengetahui akan kelebihan di sebalik di galakkan itu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyatakan :
Maksudnya : "Daripada Barra katanya :
Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alahi wasallam :
"Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud maksudnya :
Daripada Imran bin Husain katanya :
"Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam lalu mengucapkan "
 kemudian duduk,
maka Baginda bersabda :"Sepuluh kebajikan"
kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan "
" lalu duduk,
maka Baginda bersabda
" Dua puluh kebajikan".
Kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan 
 lalu duduk,
seterusnya Baginda bersabda : "tiga puluh kebajikan".

(Riwayat al-Imam Abu Daud)

Macam mana pula kalau ada orang berkirim salam ? Jika seseorang berkirim salam kepada seseorang yang lain maka kita yang menerima salam itu menjawabnya dan disunatkan berdo`a untuk pembawa salam tersebut dengan lafaz :

Maksudnya : "Ke atasmu dan keatasnya salam sejahtera".

Dalam sebuah hadis lain :
Maksudnya : Ayahku telah mengutusku untuk menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dia berkata : "Datanglah Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam maka sampaikanlah kepadanya salamku, "maka aku pun datang kepadanya, lalu aku berkata : "Sesungguhnya ayahku mengucapkan salam kepadamu". lalu Baginda menjawab :

Maksudnya : "Ke atasmu dan keatas ayahmu salam sejahtera"

Memandangkan salam dan bersalaman ini mempunyai kelebihan untuk mengeratkan lagi hubungan silaraturrahim dan ukhuwah. apatah lagi bila tangan dihulur dan disambut dengan senyuman dan kemesraan, dosa diampunkan sebelum keduanya berpisah, maka salam dan bersalaman ini sudah tentu menjadi suatu amalan yang sangat perlu untuk dipraktikkan.

Sungguh indahnya islam tetapi mengapa anak-anak remaja malah golongan muda hari ini tidak mengendahkan amalan bersalaman itu. Justeru itu saya menyeru dan mengharapkan amalan mengucapkan salam dan bersalaman dapat dipupuk sedari awal usia. Agar membesarnya anak-anak ini menjadi insan berakhlak lagi disegani. Semua ini akan dapat kita laksanakan jika semua pihak memainkan peranannya . Insyaallah

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...