Skip to main content

PERKEMBANGAN BAYI KITA

Bayi  berkembang sepanjang waktu, dari hari ke hari, bulan demi bulan. Tiada peraturan khusus untuk mengukur tumbesaran dan perkembangnya, akan tetapi  kita dapat melihat petunjuknya secara umum dari beberapa orang bayi. Perkembangan bayi tetap berbeza antara satu dengan yang lain. Sebagai orang tua, sudah tentunya kita  memonitor perkembangan bayi kita. Berikut adalah hal yang mungkin biasa dilakukan bayi padase tiap usianya :

Perkembangan bayi pada usia 1 bulan
• Secara refleksnya bayi dapat memegang benda yang menyentuh telapak tangannya.


Perkembangan bayi pada usia 2 bulan
• Dapat menatap
• Dapat tersenyum
• Bersuara ‘a’, ‘e’, ‘h’

Perkembangan bayi pada usia 3 bulan
• Menggerakkan benda yang dipegangnya
• Memandang gerakan benda dengan bola mata sampai ke sudut matanya

Perkembangan bayi pada usia 4 bulan
• Bermain dengan kedua tangan dan memasukkan tangan ke dalam mulutnya
• Tertawa dan boleh diajak untuk bercanda
• Tengkurap
• Memegang benda dengan berusaha meraih dari tangan kita



Perkembangan bayi pada usia 5 bulan
• Menggulingkan badan
• Menyentuh mainan dan memiliki keinginan untuk meraih benda – benda yang kita pegang
• Membedakan suara

Perkembangan bayi pada usia 6 bulan
• Bertopang pada kedua tangan
• Memindahkan mainan dari satu tangan ke tangan lainnya
• Menoleh

Perkembangan bayi pada usia 7 bulan
• Membalikkan badan
• Bermain dengan tangan dan kaki
• Mulai mengoceh

Perkembangan bayi pada usia 8 bulan
• Belajar untuk duduk
• Memperhatikan gerak – gerik orang yang ada disekitarnya dan benda – benda lain
• Tertarik pada bayangannya sendiri dalam cermin
 Perkembangan bayi pada usia 9 bulan
• Merayap
• Dapat berdiri tegak bila dipegang


Perkembangan bayi pada usia 10 bulan
• Berayun pada tangan dan lutut
• Belajar berdiri sambil berpegangan
• Menjepit benda dengan kedua jari tangan

Perkembangan bayi pada usia 11 bulan
• Merangkak
• Berjalan ke samping dengan rambatan
• Berjalan bila kedua tangan dipegang



Perkembangan bayi pada usia 12 bulan
• Berjalan sendiri
• Bermain kejar – kejaran

Meskipun demikian, kita tidak perlu khuatir jika pada usia tertentu, bayi kita belum dapat melakukan perkembangan seperti yang tertera di atas. Berhubunglah dengan doctor pakar kanak-kanak  jika kita merasakan perkembangan bayi kita lambat.



Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari 2013

Salam ceria semua, Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Walaupun program ini dah lama dilaksanakan tetapi tak salahkan rasanya saya updatekan sahaja aktiviti yang telah dilaksanakan, di Tadika Intan Bestari. Bolehkan.... Pada bulan Feb yang lalu antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah sambutan Maulidur Rasul. Antara objektif melaksanakan aktiviti ini ialah mendedahkan kepada para pelajar mengenai  Rasulullah kita yang terakhir. Rasa cinta kepadanya melalui beberapa aktiviti yang telah disusun. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah 1. Mencintai tulisan Jawi 2. Kenali keluarga Rasulullah melalui nyanyian 3. Bercerita mengenai kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w 4. Berarak sambil berselawat 4. kuiz dan teka teki 5. Peraduan mewarna  Pelbagai hadiah disediakan kepada para perlajar. Kepada para guru Tadika Intan Bestari diucapkan tahniah dan syabas kerana menyediakan semua keperluan untuk program ini. Khusyuk mendengar kisah nabi Kami ber...

Sukaneka Tadika Intan Bestari 2009

Assalamualaikum wr.wb Bertemu kita di lembaran baru. Kali ini teacher nak cerita serba sedikit mengenai program sukaneka tadika tahun 2009. Pada tahun ini lebih kurang 100 orang pelajar yang menghadiri program ini. tidak kurang pula dengan ibu bapanya. pelbagai program telah disusun dan dirancang bagi memeriahkan majlis. Seperti biasa hati teacher akan berdebar-debar kerana khuatir majlis yang dirancang ada masalah. Sebelum program dijalankan seperti biasa doa dan ucapan aluan pengerusi majlis dimulai. Disusuli dengan ucapan pengetua. Setelah itu barulah majlis diikuti dengan persembahan pelajar 6 tahun yang terpilih je. Seronok apabila melihat para pelajar boleh melaksanakan persembahan setelah 1 minggu berlatih. Selepas ini barulah acara dimulai oleh pelajar 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Disusuli pula dengan acara guru, acara ibu berkumpulan, acara bapa berkumpulan dan acara keluarga. Berkat usaha bersama serta sokongan para ibu bapa Tadika Intan Bestari berjaya melaksanakan program...

TASKA INTANKU BESTARI ( TAMAN SRI ANDALAS )

Pn.Sandrawati Bt.Rama TASKA INTANKU BESTARI  NO 23 JALAN SRI DAMAK 18, TAMAN SRI ANDALAS TEL: 016-9014960