Skip to main content

KEMBARA ANAK SOLEH 2011


Kadang-kadang dunia persaingan akademik dan hambatan pembelajaran formal menjadikan anak-anak tumpul pemikirannya.

Namun ia bukan satu bukti yang mutlak. Anak-anak yang cemerlang adalah anak-anak yang mempunyai keunggulan dalam rohaninya, pemikirannya, emosinya, akhlaknya dan fizikalnya.

Justeru itu anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif. Anak-anak yang proaktif adalah anak-anak yang tahu halatuju hidupnya dan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya. Dia berupaya untuk membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan seharian, dan bertanggungjawab atas pilihannya. Kesulitan yang menimpa tidak dianggap 'masalah' tetapi sebagai satu 'cabaran'.

Pemikiran dan sikap proaktif bukan wujud secara semulajadi dalam diri anak-anak. Ia adalah hasil tarbiyah tidak formal sama ada sengaja atau tidak sengaja oleh pendidik mereka-terutamanya ibu bapa.
Untuk menambah perasa di dalam pentarbiahan anak-anak, pihak Tadika Intan Bestari akan mengadakan Program KEMBARA ANAK SOLEH 2011. Program kali ini berkonsepkan 2 dalam 1 ( Lawatan & Kem ) bermalam 2 hari 1 malam ke Melaka.

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai aktiviti.

Tajuk: KEMBARA ANAK SOLEH

Tarikh: 4 & 5 Mei 2011

Hari: Rabu & Khamis

Lawatan: MELAKA  ( Banda Hilir & Masjid Al - Azim )


Penginapan: Villa, A Famosa Resort, Melaka

Pihak kami memilih hari biasa kerana pada hari tersebut kurangnya pelancong-pelancong. Dengan itu kesesakan dapat dielakkan serta pengawalan pelajar akan lebih ketat lagi.

Kepada para ibu bapa yang belum menjelaskan Yuran Aktiviti anda disarankan untuk menjelaskannya jika tidak anak anda terpaksa kami asingkan dari program ini.

Sekiranya ada ibu-ibu yang ingin turut serta yuran yang dikenakan ialah RM 150.00 ( Penginapan, Pengangkutan &  Makan ) sila daftar segara untuk memudahkan pihak kami membuat tempahan Villa.
Butiran lanjut mengenai program akan kami edarkan dalam masa terdekat.









Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...