Skip to main content

HATI TIDAK BAHAGIA


Tazkirah untuk minggu ini...
sama-samalah kita renung,
sama-samalah kita hayati
dan...
sama-sama kita  semak pada diri kita 
adakah kita tergolong dalam senarai di bawah...
jika ya baikilah...
jika tidak alhamdulillah....
sebelum kita menunding jari kearah orang lain. 
Sebelum kita asyik mencari salah dan silap orang lain 
Sebelum diri kita dipersalahkan... 
sehinggakan seluruh kebaikan yang di beri hilang dari pandangan mata.....
Sehinggakan seluruh keringat yang mengalir hilang dari ingatan...
Sehinggakan seluruh kepayahan yang diharungi hilang dari rasa berterima kasih...
kerana sikap kita yang sentiasa LUPA...

hayatilah antara sebab mengapa
 HATI TIDAK BAHAGIA....



Pemarah 
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
 
Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil  sekalipun  seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.  Sebab  itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
 
Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuanan.
 
Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya.  Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.  Allah lebih sayang orangyang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.  Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap  memberi  manfaat  pada orang lain  kerana  kadangkala  rezeki itu Allah  beri melalui  makhluk.
 
Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan  yang  banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,  walau berapa banyak  yang diminum tetap  tidak habis juga  (lagipun orang tamak selalu rugi).  Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.  Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum bolehdikatakan rezeki kita (mungkin  ada  hak orang lain di situ).  Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat  keberkatan  iaitu  dapat dimanfaatkan.
 
Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
 
Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yangmemiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya  sendiri, cuma  tinggi atau rendah tahap  keegoan tersebut.
 
Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari  peluang untuk  dipuji.  Sentiasa  berlakon-lakon  di depan orang.  Jika ia dipuji,  ia akan menambah amalnya  tetapi jika dikeji,  ia akan mengurangkan  amalnya.  Allah marah   kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
 
Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah  pula menjaganya.  Berhartalah,  tidak  mengapa tetapi kawal hati  jangan diletakkan  pada harta itu( bila mati cuma bawa  amalan  dan  doa anak yang soleh atau solehah) .  Cinta duniamerupakan  'neraka dunia '  kerana  dunia itu 'panas'  akibat ia merupakan  barang buruan danrebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu  di hati dan dunia itu di tangan  supaya dunia itu senangdibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
 

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya  disebabkankemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah  MAZMUMMAH. Makintinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.
 
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita  tetapi andainya  bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah  kita sentiasa  ingat mengingati  antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

wallah hu a'lam...

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...