Skip to main content

Kembara anak soleh Intan Bestari 2010.

Berbagai-bagai cara boleh dilakukan bagi menggalakkan pembentukan kemahiran kognitif pada kanak-kanak. berikut merupakan cadangan aktiviti bagi tujuan tersebut.
  1. Menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengalaman deria yang pelbagai supaya menggalakkan pembelajaran serta dapat membuat persamaan, perbezaan dan pertalian.
  2. Mengadakan banyak peluang bagi aktiviti-aktiviti pembelajaran pilihan sendiri terutama jenis yang memberi peluang manipulasi dan mendapatkan pengalaman.
  3. Rancang peluang untuk kanak-kanak mendapatkan pengalaman-pengalaman yang boleh membantu mereka memenuhi konsep baru dan memberikan makna kepadakonsep-konsep yang ditemui termasuk perbezaan konsep-konsep itu.
  4. Adakan suasana penggunaan bahasa yang mudah yang boleh digunakan bagi menyatakan pengalaman mereka sambil menyerapi pengalaman.
Di TADIKA INTAN BESTARI kanak-kanak banyak diberi peluang dan pengalaman untuk dilalui seperti.
KEMBARA ANAK SOLEH 2010- 
Seramai 30 orang pelajar  TADIKA INTAN BESTARI menyertai Kembara Anak Soleh 2010. Para pelajar menginap di hotel De Palma Kuala Selangor selama 2 hari 1 malam, Diiringi dengan 10 orang guru. Semasa kem ini dijalankan pelajar Tadika Intan Bestari melalui pengalaman solat 5 waktu sehari semalam, selama ini mereka hanya membuat praktikal di tadika sahaja. tetapi pada kali ini pelajar melalui pengalaman itu sendiri. Alhamdulillah semua pelajar boleh melakukan solat 5 waktu sehari semalam. Hatta solat subuh pun tidak ketinggalan. Syabas diucapkan kepada semua pelajar ini.
Selain daripada itu pelajar juga  diberi peluang bermain permainan tradisional seperti Galah Panjang dan Baling seliper 3. Permainan yang telah lama di tinggalkan dan jarang sekali diajar kepada generasi hari ini. Untuk memberi pengalaman ini pada mulanya amat sukar bagi cikgu-cikgu mengajarnya tetapi setelah di praktikkan beberpa kali akhirnya mereka berjaya melakukannya.
Selain berbengkel, pelajar akan diuji dengan setiap bacaan solat bagi mengetahui sejauh mana penguasaan hafalan pelajar.
Setelah penat bermain semua pelajar diberi peluang untuk berenang di dalam kolam dan mereka juga  belajar  membuat sandwich sendiri di bawah seliaan guru-guru.
Antara pengalaman yang pelajar dapat semasa di KEM tersebut.
  • Pelajar bersikap matang 
  • Pelajar tahu menjaga hak diri sendiri.
  • Pelajar berupaya berkongsi setiap barang yang dimiliki.
  • Pelajar belajar permainan tradisional.
  • Pelajar belajar buat sandwich sendiri.
  • Memupuk sikap bertolak ansur, sabar dan ukhuwah sesama sendiri
KEMBARA ANAK SOLEH tahun 2010 berjaya dilaksanakan. terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk membimbing anak-anak anda ke kem ini.
















Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...