Skip to main content

Peringkat perkembangan 2 - 7 tahun

Menurut Piaget Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada beberapa peringkat. hari ini saya ingin menyentuh peringkat 2 - 7 tahun.
kanak-kanak pada peringkat ini dipanggil peringkat praoperasi, Perkembangan kognitif kanak-kanak mengalami perubahan yang ketara terutamanya dari segi bahasa. pada peringkat ini aktiviti deria pergerakan berkurangan. Manakala penggunaan pemikiran simbolik, penaakulan kognitif dan penggunaan konsep akan bermul, perkembangan kognitif utama pada peringkat ini kanak-kanak

  • Mula menggunakan simbol menunjukkan keupayaan dalam bahasa yang mudah.



  • Menamakan sesuatu benda mudah seperti tanda-tanda lambang, objek dan perkataan.



  • Pemikiran lebih bergantung kepada persepsi daripada logik.
  • Berfikir animistik ; benda yang tidak hidup dianggap sebagai hidup dan bernyawa.
  • Berfikir secara egosentrik atau berdasarkan sudut sendiri sahaja.
  • sukar memahami konsep konservasi / pengekalan ciri-ciri objek.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak dapat menguasai lambang bahasa. Oleh itu bahasa digunakan sebagai ganti gambaran objek dan keadaan disekelilingnya. walau bagaimanapun, pada peringkat permulaannya, penguasaan bahasa masih terhad dan belum berkembang sepenunya....

Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari 2013

Salam ceria semua, Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Walaupun program ini dah lama dilaksanakan tetapi tak salahkan rasanya saya updatekan sahaja aktiviti yang telah dilaksanakan, di Tadika Intan Bestari. Bolehkan.... Pada bulan Feb yang lalu antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah sambutan Maulidur Rasul. Antara objektif melaksanakan aktiviti ini ialah mendedahkan kepada para pelajar mengenai  Rasulullah kita yang terakhir. Rasa cinta kepadanya melalui beberapa aktiviti yang telah disusun. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah 1. Mencintai tulisan Jawi 2. Kenali keluarga Rasulullah melalui nyanyian 3. Bercerita mengenai kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w 4. Berarak sambil berselawat 4. kuiz dan teka teki 5. Peraduan mewarna  Pelbagai hadiah disediakan kepada para perlajar. Kepada para guru Tadika Intan Bestari diucapkan tahniah dan syabas kerana menyediakan semua keperluan untuk program ini. Khusyuk mendengar kisah nabi Kami ber...

TEMA HARI GURU 2016

TEMA HARI GURU 2016   Guru Pembina Negara Bangsa 2015    Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak 2014    Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 2010   Guru Pembina Negara Bangsa 2009   Guru Pembina Negara Bangsa 2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 ...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.