Skip to main content

Sesi Persekolahan Intan Bestari 2011



Penyumbang ke arah kemajuan kanak-kanak.

Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah mendaftar anak-anak di Tadika Intan Bestari. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk mendidik dan mentarbiah anak anda.

Dikesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan selamat tahun baru, semoga azam kita di tahun 2010 telah tercapai.

Azam Tadika Intan Bestari pula ialah semoga dapat melahirkan pelajar-pelajar  yang bukan sahaja boleh membaca, menulis dan mengira tetapi mampu melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak, mempunyai sahsiah dan berbudi pekerti yang mulia.
Kepada semua ibu bapa,  teruslah memberi sokongan kepada kami dan doakan  agar kami diberi kekuatan, kesihatan dan keberkatan selalu.

Minggu pertama sesi persekolahan Tadika Intan Bestari bagi tahun 2011 adalah seperti berikut :

CAWANGAN
Tadika Intan Bestari 2
Sri Tanjung, Taman Sri Andalas

Tarikh 
03 Januari 2011 ( Isnin )

Masa
8.00 - 10.00 pagi
(  3 hingga 7 Januari  2011 sahaja )


CAWANGAN
Tadika Intan Bestari 1
Jalan Yadi, Telok Gadong, Klang.


Tarikh 
04 Januari 2011 ( Selasa )


Masa 
Sesi Pagi : 8.00 - 10.00 pagi
Sesi Petang : 2.00 - 4.00 petang
( 4 hingga 7 Januari  2011 sahaja )


PERHATIAN
BERMULA MINGGU KEDUA SESI PERSEKOLAHAN ADALAH
SEPERTI  BERIKUT
 SESI PAGI 
    8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI ( ISNIN - KHAMIS )
        8.00 PAGI - 11.30 PAGI ( JUMAAT )
 SESI PETANG 
       2.00 - 6.00 PETANG ( ISNIN - KHAMIS )
            2.30 - 6.00 PETANG ( JUMAAT )




Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...