Skip to main content

Muhasabah Diri

Allah swt.berfirman yang mafhumnya :

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam ) , nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang  banyak dan  rezeki  yang makmur , dan sesiapa yang  keluar dari rumahnya  dengan tujuan untuk berhijrah  kepada Allah dan RasulNya , kemudian ia mati ( dalam perjalanan) , maka sesungguhnya telah tetap  pahala hijrahnya  di sisi Allah. Dan (ingatlah ) Allah Maha  Pengampun lagi Maha Mengasihani ". ( QS an-Nisa ayat 100 ).
Tahun baru  Hijrah 1431 H yang  diiringi   oleh tahun baru Masehi  2011 M  telah  membuka  lembaran  baru   bagi kita umat Islam. Siang dan malam silih berganti tanpa jemu melengkapi peredaran sehingga cukup setahun . Terkadang kita  berfikir   mengapa  begitu cepat  masa berlalu  sedangkan  baru beberapa kerja kita dilakukan , baru beberapa agenda dilaksanakan dan mengapa masa berputar begitu pantas.

Tahun baru  ( Hijrah )   datang membawa  seribu erti kepada umat Islam  yang mengerti akan erti sebuah kehidupan  yang diredai Allah. Peristiwa Hijrah disambut saban tahun mengajak seluruh umat Islam  bermuhasabah dan memperbaiki  diri untuk mendapat reda Allah Swt.

Tidak ramai yang tahu  makna atau perincian  detik waktu dilalui sama ada diisi perkara-perkara yang sia-sia  atau dengan jalan  yang diredai Allah swt. Apabila melihat  situasi di Negara kita umpamanya , muhasabah sering diabaikan terutama dikalangan  anak muda  apabila tibanya  tahun baru apatah lagi Tahun Baru Hijrah.

Peristiwa Hijrah yang sudah dilalui  1431  tahun  seharusnya menyedarkan  umat Islam untuk  menterjemahkan pengertian  hijrah dalam kehidupan  mereka supaya tahun baru sentiasa menjadi peritiwa penting.

Sewajarnya Tahun Baru Hijrah menjadi detik merenung kembali perjalanan dilalui setahun berlalu dan menilai kembali aspek yang perlu dipertingkatkan serta perkara harus ditinggalkan  untuk lahir sebagai umat Islam  memiliki keperibadian cemerlang.

Sambutan tahun baru ( Hijrah ) digalakkan diisi dengan memohon ampunan kepada Allah swt. atas dosa  lampau supaya Allah membuka pintu taubatNya kepada hambaNya yang salih. Ibadah juga perlu diperbanyakkan  kerana insan  unggul adalah lebih baik  peribadi dan ibadahnya dari masa lalu. Nilai ibadah perlu dipertingkatkan  supaya rohani jasmani sentiasa hampir menginsafi diri.

Program kesyukuran  sambutan tahun baru (Hijrah)   perlu diperbanyakkan supaya masyarakat dapat menginsafi diri.

Adalah lebih baik sambutan tahun baru (Hijrah)  padat dengan pengisian   yang boleh menyentuh hati umat Islam untuk berhijrah ke arah kehidupan  lebih baik.

Bukan menghalang rakyat khasnya anak muda meraikan tahun baru  (Masehi) dalam suasana gembira tetapi apa yang berlaku lebih kepada aktiviti menjurus pelanggaran syariat apabila lelaki dan perempuan berkumpul tanpa had waktu atas alasan meraikan tahun baru.

Sambutan yang menjadi tradisi boleh diubah dengan program lebih bermakna  jika semua pihak terutama pihak yang berkuasa  bersungguh-sungguh ingin melakukan perubahan atau penghijrahan ke arah masa depan lebih baik untuk  rakyat dan Negara.

Begitu juga ibu bapa bertanggungjawab membimbing anak menanti datangnya tahun baru ( Masehi ) melalui pengawasan yang jelas, bukan membiarkan anak membuat sesuka hati atas alasan  untuk meraikan tahun baru seperti orang lain.

Semua pihak harus berganding bahu  bersama-sama memperkukuhkan sambutan tahun  ini  dengan program dan majlis berfaedah yang bukannya berpaksikan hiburan semata-mata. Muhasabah diri perlulah menjadi teras program supaya masyarakat mengerti erti sebuah kehidupan yang bermakna.


Bacalah bingkisan coretan ini, Ikhlas daripada Pihak pengurusan Intan Bestari Group 


Hidup adalah sebentar,
Sebentar senang,
Sebentar sedih,
Sebentar sedih,
Sebentar gembira,
Sebentar berteman,
Sebentar sendirian,
Sebentar kering poketnya,
sebentar penuh poketnya,
eh..eh...Sebentar bertambah umurnya...
ya allah  rupanya sebentar dah masuk ke tahun baru 




Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

IKHLASKAH KITA ATAU KITA YANG TAK KENANG BUDI...

Assalamualaikum wr.wb... kali ini kita membicarakan topik tentang ikhlas..... Ramai di antara kita, suka menolong orang lain. Tetapi ramai juga yang merasa kecewa kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Itu nada kecewa yang seringkali kita dengar. Banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja tetapi di dalam hati membebel panjang? Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa. Kenapa agaknya kita rasa sebegitu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar saja mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan. Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi. Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi? Ataukah mungkin kita yang TIDAK...