Skip to main content

16 Mei HARI YANG DINANTIKAN ......

Setiap tahun tanggal 16 Mei, sambutan Hari Guru diadakan bagi meraikan dan menghargai warga pendidik yang bertungkus-lumus menabur jasa dan bakti demi memastikan anak bangsa berjaya.
Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu “Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.
Oleh itu, wajarlah seorang guru itu perlu dihormati dan disayangi. Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.
Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:
1. Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.
2. Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.
Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.
Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).
Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu.

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...