Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum kepada semua pembaca, terima kasih kerana sudi melayari ruangan ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca. Semoga apa yang dilalui tahun lalu meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit buat kita semua. Bagi kenangan yang manis jadikan ianya suatu tugu memori yang sukar dilupakan. Manakala bagi kenangan pahit pula, jadikan ianya suatu pengajaran agar peristiwa tersebut tidak kembali lagi.  Wahai pembaca yang budiman.... Hakikatnya apa yang berlalu pada tahun-tahun yang lepas mengajar kita erti kematangan. Matang di dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Kenangan manis saya pada tahun lalu... Guru-guru yang tetap setia bersama Intan Bestari. Walau dihantar ke cawangan lain pun mereka tetap berkhidmat dengan penuh dedikasi. Tadika Intan Bestari di cawangan Jalan Yadi berjaya siap sepenuhnya pada 24 December 2011. Berkat sokongan semua ibu bapa kami berhasil memb...

Menambah Nikmat Dari Allah

Nikmat itu terbahagi tiga: 1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba 2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba 3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur. Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan. Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan. Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya  jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu. Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya. Diceritakan bahawa seorang Badwi m...

Hati Terguris

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya. Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan. Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu. Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik. Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik. Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi. Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati...

Pendaftaran Taska Intanku Bestari

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada pembaca yang budiman terima kasih kerana sudi melayari blog kami. kepada penduduk sekitar klang yang menghadapi masalah penjagaan anak-anak kami sedia membantu. Jika anda menghadapi masalah untuk meletak anak-anak Taska Intanku bestari sedia membantu. Sesi pendaftaran Taska Intanku Bestari di buka sekarang. Ibu bapa boleh berhubung terus ke cawangan yang berkenanan bagi yang beminat untuk mendaftar di taska kami. Hubungi : 016-9014960

KELAS BACAAN

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi ke ruangan ini. Kepada ibu bapa di sekitar Klang, KELAS BACAAN BAHASA MELAYU & SMART READER KIDS  di Tadika Intan Bestari akan bermula seperti berikut ; TARIKH : 14 Januari 2012 HARI  :  Sabtu MASA  : 8.30 - 11.30am Berikut adalah kadar yuran yang telah ditetapkan : PENDAFTARAN : RM30.00 BAHAN        : RM 50.00 YURAN BULANAN : RM50.00

Pendaftaran 2012

Pendaftaran bagi sesi 2012 dibuka sekarang. sila hubungi penyelia yang berhampiran kawasan anda... Sesi Taklimat Tadika Intan Bestari bagi sesi 2012 adalah seperti berikut Jalan Yadi: 25 Disember 2011 ( masa : 8.00 - 12.00 tgh ) Sri Tanjung : 31 Disember 2011 ( Masa : 8.00 - 12 tgh ) Sila bawa salinan mykid, ic ibu dan ayah dan gambar anak 2 keping. Kerjasama drpd semua ibu bapa di dahului dgn ucapan ribuan terima kasih.

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011

TEKNIK MEMBACA

Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar-pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut; untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik memba...

Program Cuti sekolah Intan Bestari November 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua ibu bapa; ü Runsing memikirkan cuti sekolah hampir tiba. ü Mana nak letak anak....dikampung atau ambil cuti..... ü hmmm pening memikirkan pengisian untuk anak-anak.... ü anak masih belum boleh membaca dengan lancar.. ü tahun hadapan nak masuk tahun 1, ü ujian linus akan diambil Disember nie..... ü runsing..runsing.... Usah risau di Tadika Intan Bestari kami sedia membantu.... INTAN BESTARI SCHOOL HOLIDAY PROGRAME Fun  Reading programme Menjanjikan aktiviti yang menyeronokkan ...... Tarikh : 21 November   -  22 Disember 2011 Hari : Isnin, Selasa, Rabu & Khamis Sahaja Masa : 8.30 - 10.30 am Yuran : RM 150.00 ( termasuk bahan ) Program cuti sekolah sebulan...... Pengankutan disediakan untuk 10 orang ke atas. ( : hubungi...... 016 - 9014960 019 – 394 6364 Jln Yadi  012 – 6423647  Sri Tanjung Percuma beg tusyen untuk 20 orang yang pertama....... ...

ROTI SARDIN

Bahan-bahan ( 2 @ 4 org mkn ) 1 tin kecil sardin 6 keping roti sandwich(ms ni sy guna roti brand mighty white) 1/2 biji bawang besar(dhiris) 1 biji kecil bwg merah(cincang halus) 2 biji cili padi(bg sesape yg x suke pdas,xyah letak pun ok jer...) Garam & ajinomoto utk menambah rasa Sedikit timun & kobis yg dihiris halus Cara-cara Panaskan minyak dlm bekas kuali Masukkan bwg2 n cili dan gaul rata. Kemudian ,masukkan sadin yg tlh dhancurkan tadi dan sebatikn dgn bwg2. Gaul rata & masukkan bhn perasa sckpnya. Tutup api sadin tadi bila sudah masak. Selepas itu,ambik 2 keping roti tadi dan letakkn sedkit sadin yg telah dmsk ke ats roti n ratakan... Kemudian,hiaskan masuk timun n kobis(mcm buat burger) Satukan roti sandwich tadi dan mkn.... Mudahkan?Kalau timun n kobis tu br kluar dr fridge lepas tu masukkan dlm sandwich lagi bestttt...

SEMUA AKAN DI TANYA

Nabi saw. bersabda: Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat nanti sehingga ditanya tentang empat perkara: 1. Tentang umurnya, kemana dia habiskan ? 2. Tentang masa mudanya, kemana dia pergunakan ? 3. Tentang hartanya, dari mana ia dapat dan kemana ia belanjakan ? 4. Tentang ilmunya, apa yang dia lakukan dengan ilmu tersebut ? (HR Al-Bazzar dan Al-Tabarany dengan sanad sahih)

Sekadar Renungan kita bersama....

"Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qanaah menyertainya. Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya."

MEMIMPIN BUKAN KERJA MUDAH....

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu mempunyai kekuatan, hanya tiga orang rasul sahaja yang memerintah. Mereka ialah nabi sulaiman, nabi daud dan rasulullah s.a.w. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tetapi tidak memerintah. Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah, bahkan kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup jika dia menjaga dirinya sahaja. Maksud saya, hendak pimpin orang bukanlah senang.   Seseorang mesti memiliki satu keistimewaan khususiah yang allah bagi pada orang itu. sekadar berkongsi satu cerita. Rasa-rasanya cerita ini semua orang dah tahu, iaitu kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s.   Terdapat banyak pengajaran dan hikmahnya yang   orang lain tidak tahu. Dikatakan Allah hendak memberitahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim daripada baginda. Suatu ha...

Jom bermaafan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman pembaca... Didoakan semoga anda sihat-sihat hendaknya... andai kata anda sakit bererti allah sayangkan anda....kerana dosa kecil yang dilakukan.... Kali ini akan saya akan membahaskan mengenai sebuah tradisi yang banyak dilestarikan oleh masyarakat, iaitu tradisi bermaaf-maafan sebelum Ramadhan. Ya, saya katakan demikian kerena tradisi ini pun pertama kali saya kenal dari para sahabat-sahabat usrah di kampus dahulu, dan ketika itu saya dapati kebanyakan masyarakat awam  tidak tahu akan tradisi ini. Dan perlu diketahui, bahawa tradisi ini tidak pernah diajarkan oleh Islam Mereka yang melestarikan tradisi ini beralasan dengan hadits yang terjemahannya sebagai berikut: Ketika Rasullullah sedang berkhutbah pada Solat Jumaat (dalam bulan Sya’ban), beliau mengatakan Amin…Amin..Amin… sampai tiga kali, dan para sahabat begitu mendengar Rasullullah mengatakan Amin, terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan Amin. Tapi p...

Andai ini Ramadhan terakhir ku.....

 untuk renungan kita bersama... Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi Kematian...adalah sesuatu yang pasti..... Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu siangnya aku sibuk berzikir "a'la bizikrallahi tat mainnal qulub" [Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..] Biarpun anak tekakku kering kehausan air Tentu aku tak akan jemu melagukan syair Rindu mendayu.. Merayu... Kepada-NYA Tuhanku yang satu... Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu solatku dikerjakan di awal waktu Solat yang dikerjai... Sungguh khusyuk lagi tawadhu' Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri Mengadap Rabbul Jalil...

RAMADHAN TERAKHIR....

ANDAI KAU TAHU.... wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi kematian…adalah sesuatu yang pasti andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir biarpun anak tekak kering kehausan air tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjai… sungguh khusyuk lagi tawadhu’ tubuh, minda, dan qalbu… bersatu memperhamba diri mengadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji “innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin” [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkan hanya kep...

SHARING IS LOVING

 ADAKAH YANG AKAN MENDOAKAN KITA? Assalamualaikum.  artikel ini s angat baik untuk dikongsikan bersama.... Moga ALLAH memberi rahmat dan hidayahnya untuk kita baiki diri Adakah yang akan mendoakan kita? Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup.   Da n sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia! Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.   Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertany...