Skip to main content

Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum kepada semua pembaca, terima kasih kerana sudi melayari ruangan ini.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca. Semoga apa yang dilalui tahun lalu meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit buat kita semua. Bagi kenangan yang manis jadikan ianya suatu tugu memori yang sukar dilupakan. Manakala bagi kenangan pahit pula, jadikan ianya suatu pengajaran agar peristiwa tersebut tidak kembali lagi. 

Wahai pembaca yang budiman....
Hakikatnya apa yang berlalu pada tahun-tahun yang lepas mengajar kita erti kematangan. Matang di dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

Kenangan manis saya pada tahun lalu...
  • Guru-guru yang tetap setia bersama Intan Bestari. Walau dihantar ke cawangan lain pun mereka tetap berkhidmat dengan penuh dedikasi.
  • Tadika Intan Bestari di cawangan Jalan Yadi berjaya siap sepenuhnya pada 24 December 2011.

Berkat sokongan semua ibu bapa kami berhasil membina bangunan baru Tadika Intan Bestari di cawangan Jalan Yadi. 
Hasrat kami ialah ingin mewujudkan premis yang selesa untuk semua cawangan Intan Bestari dan terus berkhidmat serta mendidik anak-anak Intan Bestari  sesuai dengan visi dan misi kami.

Antara sumbangan kami kepada anak-anak di Tadika Intan Bestari ialah memberi pengajaran percuma Smart Reader, Komputer dan Iqra. 
Antara Impian kami ialah 
  • membuka sebuah pusat khas untuk anak-anak berkeperluan khas, jika ada tempat & sokongan dari semua pihak.
  • membuka beberapa cawangan tadika lagi di sekitar Klang.
  • memberi peluang pekerjaan pada remaja yang tidak berpeluang meneruskan pembelajaran tetapi memiliki kemahiran.

Doakan semoga Intan Bestari terus maju kehadapan. Selamat Tahun Baru...





Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

IKHLASKAH KITA ATAU KITA YANG TAK KENANG BUDI...

Assalamualaikum wr.wb... kali ini kita membicarakan topik tentang ikhlas..... Ramai di antara kita, suka menolong orang lain. Tetapi ramai juga yang merasa kecewa kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Itu nada kecewa yang seringkali kita dengar. Banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja tetapi di dalam hati membebel panjang? Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa. Kenapa agaknya kita rasa sebegitu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar saja mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan. Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi. Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi? Ataukah mungkin kita yang TIDAK...