Skip to main content

Jom bermaafan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman pembaca...
Didoakan semoga anda sihat-sihat hendaknya... andai kata anda sakit bererti allah sayangkan anda....kerana dosa kecil yang dilakukan....
Kali ini akan saya akan membahaskan mengenai sebuah tradisi yang banyak dilestarikan oleh masyarakat, iaitu tradisi bermaaf-maafan sebelum Ramadhan. Ya, saya katakan demikian kerena tradisi ini pun pertama kali saya kenal dari para sahabat-sahabat usrah di kampus dahulu, dan ketika itu saya dapati kebanyakan masyarakat awam  tidak tahu akan tradisi ini. Dan perlu diketahui, bahawa tradisi ini tidak pernah diajarkan oleh Islam

Mereka yang melestarikan tradisi ini beralasan dengan hadits yang terjemahannya sebagai berikut:

Ketika Rasullullah sedang berkhutbah pada Solat Jumaat (dalam bulan Sya’ban), beliau mengatakan Amin…Amin..Amin… sampai tiga kali, dan para sahabat begitu mendengar Rasullullah mengatakan Amin, terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan Amin. Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasullullah berkata Amin sampai tiga kali. Ketika selesai solat Jumaat, para sahabat bertanya kepada Rasullullah, kemudian beliau menjelaskan: “ketika aku sedang berkhutbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasullullah Amin-kan doa ku ini,” jawab Rasullullah.


Do’a Malaikat Jibril itu adalah:


“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah (3/192) dan Ahmad (2/246, 254). Ternyata pada kitab Shahih Ibnu Khuzaimah (3/192) juga pada kitab Musnad Imam Ahmad (2/246, 254) ditemukan hadits berikut:

عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم رقي المنبر فقال : آمين آمين آمين فقيل له : يارسول الله ما كنت تصنع هذا ؟ ! فقال : قال لي جبريل : أرغم الله أنف عبد أو بعد دخل رمضان فلم يغفر له فقلت : آمين ثم قال : رغم أنف عبد أو بعد أدرك و الديه أو أحدهما لم يدخله الجنة فقلت : آمين ثم قال : رغم أنف عبد أو بعد ذكرت عنده فلم يصل عليك فقلت : آمين قال الأعظمي : إسناده جيد

“Dari Abu Hurairah: Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam naik mimbar lalu bersabda: ‘Amin, Amin, Amin’. Para sahabat bertanya : “Kenapa engkau berkata demikian, wahai Rasulullah?” Kemudian beliau bersabda, “Baru saja Jibril berkata kepadaku: ‘Allah melaknat seorang hamba yang melewati Ramadhan tanpa mendapatkan ampunan’, maka kukatakan, ‘Amin’, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang mengetahui kedua orang tuanya masih hidup, namun tidak membuatnya masuk Jannah (kerana tidak berbakti kepada mereka berdua)’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Allah melaknat seorang hamba yang tidak berselawat ketika disebut namamu’, maka kukatakan, ‘Amin”.”

Meminta maaf itu disyariatkan dalam Islam. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,

من كانت له مظلمة لأخيه من عرضه أو شيء فليتحلله منه اليوم قبل أن لا يكون دينار ولا درهم إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمته وإن لم تكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه

“Orang yang pernah menzalimi saudaranya dalam hal apapun, maka hari ini ia wajib meminta perbuatannya tersebut dihalalkan oleh saudaranya, sebelum datang hari dimana tidak ada ada dinar dan dirham. Kerana jika orang tersebut memiliki amal soleh, amalnya tersebut akan dikurangi untuk melunasi kezalimannya. Namun jika ia tidak memiliki amal soleh, maka ditambahkan kepadanya dosa-dosa dari orang yang ia zalimi”

(HR. Bukhari no.2449)

Dari hadits ini jelas bahawa Islam mengajarkan untuk meminta maaf, jika berbuat kesalahan kepada orang lain. Adapun meminta maaf tanpa sebab dan dilakukan kepada semua orang yang ditemui, tidak pernah diajarkan oleh Islam.

Jika ada yang berkata:

“Manusia kan tempat salah dan dosa, mungkin saja kita berbuat salah kepada semua orang tanpa disedari”.
Yang dikatakan itu memang benar, namun adakah kita serta merta meminta maaf kepada semua orang yang kita temui?

Mengapa Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabat tidak pernah berbuat demikian? Padahal mereka orang-orang yang paling khuatir akan dosa. Selain itu, kesalahan yang tidak sengaja atau tidak disedari tidak dihitung sebagai dosa di sisi Allah Ta’ala. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam,

إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه

“Sesungguhnya Allah telah memaafkan ummatku yang berbuat salah kerana tidak sengaja, atau kerana lupa, atau kerana dipaksa”

(HR Ibnu Majah, 1675, Al Baihaqi, 7/356, Ibnu Hazm dalam Al Muhalla, 4/4, di sahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah)

Dan kata اليوم (hari ini) menunjukkan bahawa meminta maaf itu dapat dilakukan bila-bila saja dan yang paling baik adalah meminta maaf dengan segera, kerana kita tidak tahu kapan ajal menjemput kita.

Namun bagi seseorang yang memang memiliki kesalahan kepada saudaranya dan belum menemukan waktu yang tepat atau sesuai untuk meminta maaf, dan menganggap waktu datangnya Ramadhan adalah waktu yang tepat, tidak ada larangan memanfaatkan waktu ini untuk meminta maaf kepada orang yang pernah dianiaya, difitnah, diumpat atau dizaliminya.

Wallahu’alam.

Disempatan ini saya ingin memohon kemaafan kepada emak, bapa, kakak-kanak, adik-adik, ipar duai, sanak saudara, teman-teman sama ada di bangku sekolah, di tempat kerja, di kampung, di taman, atau dimana-mana sahaja yang mengenali saya.
Mohon kemaafan andai kata masih tersimpan dendam dan marah kepada diri. Kerana kite kadang-kala tidak menyedari tingkah laku kita mampu mengundang kemarahan semua orang.



Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...