Skip to main content

RAMADHAN TERAKHIR....

ANDAI KAU TAHU....


wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian…adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai…
sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu…
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil…
menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih…berqiamullail…bertahajjud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi…aku juga
tidak sanggup untuk ke neraka-MU”
oleh itu duhai Ilahi…
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman
duhai Ilahi….

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari 2013

Salam ceria semua, Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Walaupun program ini dah lama dilaksanakan tetapi tak salahkan rasanya saya updatekan sahaja aktiviti yang telah dilaksanakan, di Tadika Intan Bestari. Bolehkan.... Pada bulan Feb yang lalu antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah sambutan Maulidur Rasul. Antara objektif melaksanakan aktiviti ini ialah mendedahkan kepada para pelajar mengenai  Rasulullah kita yang terakhir. Rasa cinta kepadanya melalui beberapa aktiviti yang telah disusun. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah 1. Mencintai tulisan Jawi 2. Kenali keluarga Rasulullah melalui nyanyian 3. Bercerita mengenai kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w 4. Berarak sambil berselawat 4. kuiz dan teka teki 5. Peraduan mewarna  Pelbagai hadiah disediakan kepada para perlajar. Kepada para guru Tadika Intan Bestari diucapkan tahniah dan syabas kerana menyediakan semua keperluan untuk program ini. Khusyuk mendengar kisah nabi Kami ber...

TEMA HARI GURU 2016

TEMA HARI GURU 2016   Guru Pembina Negara Bangsa 2015    Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak 2014    Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 2010   Guru Pembina Negara Bangsa 2009   Guru Pembina Negara Bangsa 2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 ...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.