Skip to main content

MEMIMPIN BUKAN KERJA MUDAH....

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu mempunyai kekuatan, hanya tiga orang rasul sahaja yang memerintah. Mereka ialah nabi sulaiman, nabi daud dan rasulullah s.a.w. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tetapi tidak memerintah.

Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah, bahkan kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup jika dia menjaga dirinya sahaja.

Maksud saya, hendak pimpin orang bukanlah senang.  Seseorang mesti memiliki satu keistimewaan khususiah yang allah bagi pada orang itu.

sekadar berkongsi satu cerita. Rasa-rasanya cerita ini semua orang dah tahu, iaitu kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s.  Terdapat banyak pengajaran dan hikmahnya yang  orang lain tidak tahu. Dikatakan Allah hendak memberitahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim daripada baginda.
Suatu hari Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tetapi Allah tukarkan peranan masing-masing.

Seolah-olah Allah berkata, "Hai Musa! Engkau pemimpin, sekarang aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut. Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya atau tidak engkau jadi pengikut.”

Lalu Allah bertemu Nabi Khindir  seolah-olah Allah bercakap pada nabi khidir, "Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik kamu jadi pemimpin. Tiga hari saja. Berjaya atau tidak kamu jadi pemimpin?”

Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Lalu Nabi khidir yang kini jadi pemimpin berkata kepada Nabi Musa, "kalau nak aku jadi pemimpin, jangan banyak cakap, ikut saja. Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita."

Nabi Musa pun bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Khindir. Jadi, mereka pun memulakan perjalanan,  lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi khidir memecahkan perahu.
Nabi Musa tidak tahan, baginda tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan baginda sudah berjanji tidak akan bertanya.

Nabi Khidir pun mengingatkan, "bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita."

Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa untuk mengikutinya.
Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir membunuh seorang budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, baginda bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi baginda diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.

Sehinggalah kali ketiga Nabi Musa melakukan kesilapan lagi.  Lalu Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah dengan Nabi Musa.
Apa yang kita faham melalui cerita tadi, ialah apabila seseorang bertukar  peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal jadi pengikut, dan pengikut pun gagal jadi pemimpin. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.

Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah. Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat 'ulul azmi' adalah mereka yang paling sabar.

Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya.

Begitu pula sebaliknya jika jadi pengikut pada seorang pemimpin  selalunya mereka sukar  hendak taat dan menghormati pemimpinnya. Nampak lain sedikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada  perkara yang pelik sedikit, dia rasa itu tidak betul, ini tidak betul. Ada sahaja kesilapan yang dilihat pada pemimpinnya.  Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpinnya.

Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat dan menghormati pemimpinnya. Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu baginda layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati baginda tidak layak.

Memimpim bukan sesuatu yang senang atau mudah untuk dihadapi. Nabi Musa sendiri sampai tersesat di padang pasir  selama 40 tahun kerana memimpin Bani Israil,  setelah 40 tahun barulah baginda mendapat darjat 'ulul azmi'.

Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian.

Oleh itu, janganlah kecil hati atau merasakan diri sebagai KULI  sebaliknya bersyukurlah  kerana Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila kita tidak layak untuk menjadi pemimpin bukan bererti kita bodoh tetapi dikhuatiri, ia boleh menjadi punca kerosakan  kepada hal-hal lain.
Wallah hu alam.


Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...