Skip to main content

Suasana sambutan Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari 2010

Bertemu kita dilembaran kali ini ingin mengupas aktiviti-aktiviti yang telah diadakan pada bulan Mac yang lalu. Pada 4 dan 5 Mac 2010 buat pertama kalinya kami mengadakan Program Maulidur Rasul secara berasingan. Memandangkan pelajar dari cawangan Taman Sri Andalas telah meningkat. Antara aktiviti yang telah kami adakan ialah perarakan di mana semua anak-anak sedari usia 3 hingga 6 tahun dididik berarak mengelilingi taman dan lorong kampung sambil berselawat. Masyarakat taman dan kampung turut memberi kerjasama semasa anak-anak sedang berarak. 
Disamping itu kami juga mengadakan persembahan mengikut usia yang bertemakan Rasulullah antara lagu yang dinyanyikan ialah anak nabi kita, Rasulullah dalam mengenang mu, Born in Mekka, dan macam-macam lagi. Ternyata anak-anak memiliki bakat yang tersendiri. Malah ada kanak-kanak berusia 4 tahun sudah pandai membaca hadis meskipun pelat tetapi maksud yang ingin disampaikan itu jelas. 
Selain daripada itu kami juga mengadakan peraduan mewarna, sehari sebelum majlis bagi menjimatkan masa. 
Antara aktiviti  lain yang diadakan ialah pop kuiz mengenai sirah Rasulullah, ternyata semua guru-guru menjalankan tugas yang diamanahkan ini kerana hampir semua anak-anak boleh mengjawab beberapa soalan yang telah diajukan diantaranya ialah 
1. siapakah nama ayah nabi Muhammad s.a.w ?
2. Siapakah nama ibu nabi ?
dan macam-macam lagi soalan yang telah saya ajukan.
pada para pemenang untuk peraduan mewarna dan kuiz akan mendapat hadiah khas.
Sebelum majlis berakhir semua kanak-kanak dijamukan dengan elbagai makanan malah sebelum berakhir semua kanak-kanak akan mendapat 'goody bag' untuk dibawa pulang.
Majlis disudahi dengan tasbih kafarah dan surah tul ash. Sementara menunggu ibu bapa datang menjemput para guru mengemaslah apa yang patut.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru-guru dalam usaha keras mereka untuk menjayakan program ini. Tidak dilupai para dermawan dikalangan ibu bapa. Atas sumbangan andalah kami dapat melaksanakan program ini dengan menyediakan hadiah dan makanan untuk semua anak-anak. 

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

IKHLASKAH KITA ATAU KITA YANG TAK KENANG BUDI...

Assalamualaikum wr.wb... kali ini kita membicarakan topik tentang ikhlas..... Ramai di antara kita, suka menolong orang lain. Tetapi ramai juga yang merasa kecewa kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Itu nada kecewa yang seringkali kita dengar. Banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja tetapi di dalam hati membebel panjang? Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa. Kenapa agaknya kita rasa sebegitu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar saja mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan. Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi. Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi? Ataukah mungkin kita yang TIDAK...