Skip to main content

Minggu ke tiga persekolahan


Anak Rusa
sebuah rumah di dalam hutan
anak rusa intai di tingkap
seekor arnab berlari
mengetok pintu
tok..tok..


tolong! tolong ! katanya
si pemburu nak tembak saya
beng! beng!
mari masuk ke dalam 
bersuka ria ...
Hey!... ( sambil melompat )

Ini adalah sebahagian dari lagu yang kami ajarkan kepada kanak-kanak di tadika. Kali ini kanak-kanak di tadika kelihatan seronok kerana mereka dapat belajar, bermain dan menyanyi bersama. Di awal persekolahan  aktiviti nyanyian kerap digunakan bagi menarik minat kanak-kanak. Dengan kepelbagaian aktiviti nyanyian dan pergerakan kanak-kanak dapat memberi tumpuan kepada guru. 

Walaupun aktiviti nyanyian dianggap sekadar hiburan, sebenarnya aktiviti ini banyak  menyumbang beberapa kebaikan kepada kanak-kanak di tadika khasnya. Antara kebaikan yang dapat diperolehi dengan menyanyi ialah :

  1. Dengan menyanyi kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perbendaharaan kata dan pembacaan terutamanya kepada kanak-kanak disleksia.
  2. Dengan menyanyi kanak-kanak dapat mengenal pasti perbezaan bunyi dalam setiap lagu.
  3. Dengan menyanyi kanak-kanak akan berasa seronok dan gembira kerana kanak-kanak perlu melakukan pergerakan. 
  4. Dengan menyanyi kanak-kanak dapat merangsang keyakinan diri  kerana kanak-kanak perlu melakukan semua aktiviti nyanyian bersama guru dengan melakukan pergerakan.
Apabila kanak-kanak berasa seronok dan bersemangat selepas melakukan aktiviti nyanyian  bersama guiru,  inilah yang akan mendorong  mereka untuk pergi ke tadika/ taska atas kemahuan sendiri. 


Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran. Menyanyi, bermain dan menari bersama adalah suatu pengalaman yang harus dilalui oleh setiap kanak-kanak, Kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa dan guru.

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...