Skip to main content

Aktiviti Solat Tadika Intan Bestari





'Melentur buluh biarlah dari rebungnya.'
Itulah pepatah yang sering diungkap oleh semua insan di dalam mencorakkan anak-anak mereka. Kita sedia maklum mendidik dan mentarbiahkan anak-anak untuk boleh baca, menghafal doa, surah dan sebagainya bukanlah suatu kerja yang mudah jika tidak disusuli di rumah. Apatah lagi di dalam mendidik dan mentarbiahkan anak-anak untuk mendirikan solat.
Untuk mentarbiyah anak-anak menjadi Umat Muhammad saw, kita perlu mengambil pelajaran dari caranya Nabi Ibrahim as, seperti  Allah diceritakan dari isi doanya Nabi Ibrahim dalam surah Ibrahim berikut ini:
Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berhampiran rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit.
Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”. [Ibrahim: 37-41]
Dari doanya itu kita dapat melihat bagaimana cara Nabi Ibrahim mendidik anak, keluarga dan keturunannya yang hasilnya sudah kita ketahui, kedua anaknya Ismail dan Ishaq menjadi manusia pilihan Allah.
Mendirikan solat merupakan karakter umat Muhammad saw sebagaimana yang telah dihuraikan di atas. Nabi Ibrahim bahkan lebih khusus di ayat yang ke-40 dari surat Ibrahim berdoa agar anak keturunannya tetap mendirikan solat. Solat merupakan salah satu perbezaan antara umat Muhammad saw dengan selainnya. Solat merupakan sesuatu yang sangat penting, mengingat Rasulullah saw memberikan arahan tentang keharusan pembelajaran solat kepada anak: 
suruhlah anak solat pada usia 7 tahun, dan pukullah bila tidak solat pada usia 10 tahun. Rasulullah saw membolehkan memukul anak di usia 10 tahun kalau dia tidak melakukan solat dari pertama kali disuruh di usia 7 tahun. 
Ini ertinya kita mempunyai masa selama 3 tahun,  untuk  mendidik anak-anak melakukan solat. Dan ini boleh dianggap  waktu yang cukupi dalam mendidikan anak-anak kita solat.
Tadika Intan Bestari juga tidak ketinggalan dalam mentarbiah dan mendidik anak-anak untuk mendirikan solat.  Meskipun ada yang menangis atau meragam ketika proses pendidikan  dan praktikal solat diadakan. Ini kerana  aktiviti  solat yang dilaksanakan di Tadika Intan Bestari kekadang memakan masa yang agak lama. Tujuannya bukan sekadar praktikal tetapi kami harus memastikan anak-anak berada di postur yang betul ketika melakukan setiap bahagian dalam solat. 
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak untuk mendirikan solat apatah lagi ada dikalangan mereka masih berusia 3 tahun. Meskipun begitu hati guru tetap gembira biarpun peluh meleleh akibat sinar pagi atau ruang yang tidak mengizinkan, bila melihat anak-anak berupaya menghabiskan praktikal solat diiringi dengan zikir dan doa setelah selesai.
Harapan kami semoga apa yang kami didik dan tarbiah kepada mereka dapat diteruskan oleh anak-anak sehingga bila-bila. Kami akui menjadi guru tadika bukanlah mudah meskipun ada segelintir masyarakat memandang status guru tadika adalah rendah. Tetapi mereka lupa bahawa anak-anak boleh menulis, membaca dan mengira meskipun 50 % sahaja semua itu adalah atas usaha dan kerjasama dari guru tadika jua. 
Justeru itu kami  bangga dengan kerjaya kami selama ini. Pahit manis dalam mendidik anak-anak telah kami harungi. Dimaki di herdik telah menjadi asam garam bagi guru tadika seperti kami. Kekadang kita lupa bahawa anak-anak memiliki tahap perkembangan yang berbeza meskipun mereka berada di usia yang sama. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai pastinya menyedari akan perbezaan individu  setiap anak-anak mereka.

Doa kami agar mereka tetap menjadi sumber modal insan yang berjaya dalam meningkatkan taraf ekonomi negara, disamping menjadi insan yang  bertamadun ke arah mencapai matlamat negara seiring dengan kehendak Ilahi.
Berikut merupakan aktiviti solat yang telah dijalankan di Tadika cawangan Jalan Yadi dan Sri Tanjung. Sekadar kenagan kita bersama...
Itulah ragam anak-anak ketika menlaksankan aktiviti solat. Kekadang lucu apabila mengenangnya kembali...

Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari 2013

Salam ceria semua, Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Walaupun program ini dah lama dilaksanakan tetapi tak salahkan rasanya saya updatekan sahaja aktiviti yang telah dilaksanakan, di Tadika Intan Bestari. Bolehkan.... Pada bulan Feb yang lalu antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah sambutan Maulidur Rasul. Antara objektif melaksanakan aktiviti ini ialah mendedahkan kepada para pelajar mengenai  Rasulullah kita yang terakhir. Rasa cinta kepadanya melalui beberapa aktiviti yang telah disusun. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah 1. Mencintai tulisan Jawi 2. Kenali keluarga Rasulullah melalui nyanyian 3. Bercerita mengenai kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w 4. Berarak sambil berselawat 4. kuiz dan teka teki 5. Peraduan mewarna  Pelbagai hadiah disediakan kepada para perlajar. Kepada para guru Tadika Intan Bestari diucapkan tahniah dan syabas kerana menyediakan semua keperluan untuk program ini. Khusyuk mendengar kisah nabi Kami ber...

Sukaneka Tadika Intan Bestari 2009

Assalamualaikum wr.wb Bertemu kita di lembaran baru. Kali ini teacher nak cerita serba sedikit mengenai program sukaneka tadika tahun 2009. Pada tahun ini lebih kurang 100 orang pelajar yang menghadiri program ini. tidak kurang pula dengan ibu bapanya. pelbagai program telah disusun dan dirancang bagi memeriahkan majlis. Seperti biasa hati teacher akan berdebar-debar kerana khuatir majlis yang dirancang ada masalah. Sebelum program dijalankan seperti biasa doa dan ucapan aluan pengerusi majlis dimulai. Disusuli dengan ucapan pengetua. Setelah itu barulah majlis diikuti dengan persembahan pelajar 6 tahun yang terpilih je. Seronok apabila melihat para pelajar boleh melaksanakan persembahan setelah 1 minggu berlatih. Selepas ini barulah acara dimulai oleh pelajar 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Disusuli pula dengan acara guru, acara ibu berkumpulan, acara bapa berkumpulan dan acara keluarga. Berkat usaha bersama serta sokongan para ibu bapa Tadika Intan Bestari berjaya melaksanakan program...

TASKA INTANKU BESTARI ( TAMAN SRI ANDALAS )

Pn.Sandrawati Bt.Rama TASKA INTANKU BESTARI  NO 23 JALAN SRI DAMAK 18, TAMAN SRI ANDALAS TEL: 016-9014960