Skip to main content

Sukaneka 2010 Tadika Intan Bestari

TIADA siapa dapat menafikan kepentingan untuk anak mencapai tahap akademik yang tinggi kerana ia jaminan untuk memperoleh kehidupan lebih baik pada masa depan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan dalam kehidupan anak yang kebanyakan masa dipenuhi dengan proses pembelajaran secara formal, dengan menggalakkan mereka terbabit dalam bidang sukaneka. 


Ini kerana, banyak nilai positif dalam sukan yang boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, sekali gus menjadikan anak lebih dinamik dan mampu berdaya saing dalam pasaran kerja kelak. 

Susulan itu, Tadika Intan Bestari turut menganjurkan Program mini sukaneka tahun 2010 pada 6 Mac yang lalu. Antara Kepentingan aktiviti sukan, ialah  membantu proses pertumbuhan kanak-kanak supaya mereka menjadi insan seimbang yang serba boleh. Disamping dorangan Ibu bapa  kepada anak supaya terbabit dan aktif dalam aktiviti sukan  itu membantu mereka menjadi lebih fokus terhadap matlamat yang diingini di samping menggilap kemahiran sosial. 

Aktif bersukan juga mampu menjadikan anak-anak lebih cerdas dan cergas, sekali gus dapat melahirkan rakyat yang sihat dan membantu ke arah pembangunan negara pada masa depan. 

Pada majlis sukaneka pada hari tersebut pelbagai aktiviti telah diadakan dengan penglibatan 120 orang pelajar aktiviti tersebut telah diadakan di Dewan Gimnasium Kompleks Pandamaran. Semua guru-guru dari semua cawangan turut menyumbang tenaga.

Selain daripada aktiviti yang telah disusun untuk kanak-kanak mengikut usia, aktiviti guru, aktiviti untuk ibu-ibu, bapa-bapa serta ahli keluarga turut diadakan. 

Semua kanak-kanak kembali dengan pingkat masing-masing sebagai kenangan malah para ibu , bapa, ahli keluarga dan guru-guru yang menyertai sukaneka turut mendapat hadiah.

Semua ibu bapa disajikan makanan pada tengaharinya dan aktiviti selesai pada jam 2 petang pada hari tersebut.

Kepada semua guru-guru, ibu bapa dan orang perseorangan yang turut menyumbang tenaga pada hari Mini Sukaneka Tadika Intan Bestari tahun 2010, saya mengambil kesempatan  ini ingin mengcapkan ribuan terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...