Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

PENILAIAN KE ATAS SEORANG KANAK-KANAK YANG MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAN

Pakar yang menilai kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka. Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang ...

PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN

Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori  iaitu 1. Punca biologi 2. Punca psikososial Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf.  Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut. Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang p...

MASALAH PEMBELAJARAN DIKALANGAN KANAK-KANAK

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut.  Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatka...

MASALAH, KESAN DAN TIP MEMBANTU ANAK-ANAK MEMBACA

Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga. Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik. KANAK-KANAK PATUT DIAJAR MEMBACA KETIKA KECIL LAGI. Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya. Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dala...

How to hold a pencil correctly

Today i would like to share about How to hold a pencil  correctly .  Put the pencil on the bending middle finger between the joint part of the thumb and forefinger. Have your child grip the pencil with thumb and forefinger. Check the way your child is holding the pencil against the picture. Make sure your child doesn't have a tense grip holding the pencil. Use a break to relax by shaking the hands, make drawings into the air or rolling a piece of clay inside the hands. Is the pencil grip too tight?  The three fingers should gently grip the pencil. Use a break to relax by shaking the hands, make drawings into the air or rolling a piece of clay inside the hands.

ALBUM KEMBARA ANAK SOLEH TADIKA INTAN BESTARI

PAGI ITU SEBELUM BERGERAK KE MELAKA. AKTIVITI YANG DILAKUKAN SESI TAKLIMAT BERSAMA IBU BAPA, MAJLIS BERSALAMAN ANTARA IBU BAPA DAN PELAJAR DAN MASUKKAN BARANG-BARANG KE DALAM BAS. BACAAN DOA NAIK KENDERAAN DAN SELAMAT JALAN AYAH DAN IBU DOAKAN KAMI SELAMAT PERGI DAN BALIK YE...

KESAN ZIKIR KEPADA OTAK MANUSIA

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perk...

BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN

Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan   baik...   Ada sangkaan   buruk Orang beribadah disangka   riak Orang yang relax disangka   malas Orang yang pakai baju baru disangka   menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka   zuhud (hina) Orang makan banyak disangka   pelahap  Orang makan sikit disangka   kedekut Orang baik disangka   buruk Orang buruk disangka   baik Orang senyum disangka   mengejek Orang masam disangka   merajuk Orang bermuzakarah disangka   mengumpat Orang diam disangka   sombong Orang menawan disangka pakai   susuk Orang nampak ceria disangka   membela mana tahu yang diam itu kerana   berzikir kepada Allah mana tahu yang senyum itu kerana   bersedekah mana tahu yang masam itu kerana   mengenangkan dosa mana tahu yang menawan itu kerana   bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana   cergas cerdasnya Jauhi sika...