Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Sesi Persekolahan Intan Bestari 2011

Penyumbang ke arah kemajuan kanak-kanak. Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah mendaftar anak-anak di Tadika Intan Bestari. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk mendidik dan mentarbiah anak anda. Dikesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan selamat tahun baru, semoga azam kita di tahun 2010 telah tercapai. A zam Tadika Intan Bestari pula ialah semoga dapat melahirkan pelajar-pelajar  yang bukan sahaja boleh membaca, menulis dan mengira tetapi mampu melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak, mempunyai sahsiah dan berbudi pekerti yang mulia. Kepada semua ibu bapa,  teruslah memberi sokongan kepada kami dan doakan  agar kami diberi kekuatan, kesihatan dan keberkatan selalu. Minggu pertama sesi persekolahan Tadika Intan Bestari bagi tahun 2011 adalah seperti berikut : CAWANGAN Tadika Intan Bestari 2 Sri Tanjung, Taman Sri Andalas Tarikh  03 Januari 2011 ( Isnin ) Masa 8.00 - 10.00 p...

Muhasabah Diri

Allah swt.berfirman yang mafhumnya : " Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam ) , nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang  banyak dan  rezeki  yang makmur , dan sesiapa yang  keluar dari rumahnya  dengan tujuan untuk berhijrah  kepada Allah dan RasulNya , kemudian ia mati ( dalam perjalanan) , maka sesungguhnya telah tetap  pahala hijrahnya  di sisi Allah. Dan (ingatlah ) Allah Maha  Pengampun lagi Maha Mengasihani ". ( QS an-Nisa ayat 100 ). Tahun baru  Hijrah 1431 H yang  diiringi   oleh tahun baru Masehi  2011 M  telah  membuka  lembaran  baru   bagi kita umat Islam. Siang dan malam silih berganti tanpa jemu melengkapi peredaran sehingga cukup setahun . Terkadang kita  berfikir   mengapa  begitu cepat  masa berlalu  sedangkan  baru beberapa kerja kita dilakukan , baru beberapa agenda d...

Kembara anak soleh Intan Bestari 2010.

Berbagai-bagai cara boleh dilakukan bagi menggalakkan pembentukan kemahiran kognitif pada kanak-kanak. berikut merupakan cadangan aktiviti bagi tujuan tersebut. Menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengalaman deria yang pelbagai supaya menggalakkan pembelajaran serta dapat membuat persamaan, perbezaan dan pertalian. Mengadakan banyak peluang bagi aktiviti-aktiviti pembelajaran pilihan sendiri terutama jenis yang memberi peluang manipulasi dan mendapatkan pengalaman. Rancang peluang untuk kanak-kanak mendapatkan pengalaman-pengalaman yang boleh membantu mereka memenuhi konsep baru dan memberikan makna kepadakonsep-konsep yang ditemui termasuk perbezaan konsep-konsep itu. Adakan suasana penggunaan bahasa yang mudah yang boleh digunakan bagi menyatakan pengalaman mereka sambil menyerapi pengalaman. Di TADIKA INTAN BESTARI kanak-kanak banyak diberi peluang dan pengalaman untuk dilalui seperti. KEMBARA ANAK SOLEH 2010-  Seramai 30 orang pelajar  TADIKA INTAN BESTARI menyertai Ke...

Peringkat perkembangan 2 - 7 tahun

Menurut Piaget Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada beberapa peringkat. hari ini saya ingin menyentuh peringkat 2 - 7 tahun. kanak-kanak pada peringkat ini dipanggil peringkat praoperasi, Perkembangan kognitif kanak-kanak mengalami perubahan yang ketara terutamanya dari segi bahasa. pada peringkat ini aktiviti deria pergerakan berkurangan. Manakala penggunaan pemikiran simbolik, penaakulan kognitif dan penggunaan konsep akan bermul, perkembangan kognitif utama pada peringkat ini kanak-kanak Mula menggunakan simbol menunjukkan keupayaan dalam bahasa yang mudah. Menamakan sesuatu benda mudah seperti tanda-tanda lambang, objek dan perkataan. Pemikiran lebih bergantung kepada persepsi daripada logik. Berfikir animistik ; benda yang tidak hidup dianggap sebagai hidup dan bernyawa. Berfikir secara egosentrik atau berdasarkan sudut sendiri sahaja. sukar memahami konsep konservasi / pengekalan ciri-ciri objek. Pada peringkat ini juga kanak-kanak dapat menguasai lambang bahas...

PENDAFTARAN 2011

Assalamualaikum & salam Sejahtera; Semoga para pembaca berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah s.w.t. sehubungan dengan itu kami ingin memaklumkan bahawa pendaftaran bagi sesi 2011 telah dibuka sekarang untuk mereka yang berada di sekitar Sungai Udang dan Taman Sri Andalas sahaja. Sila lapangkan diri anda untuk ke tadika bagi mengetahui perkembangan yang selanjutnya. Perhatian dan kerjasama anda kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. TADIKA INTAN BESTARI 1  LOT 586 JALAN YADI, TELOK GADONG , KLANG. TADIKA INTAN BESTARI 2 NO 28 LORONG SRI TANJUNG 2, TAMAN ANDALAS PERMAI.