Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Aktiviti Solat Tadika Intan Bestari

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya .' Itulah pepatah yang sering diungkap oleh semua insan di dalam mencorakkan anak-anak mereka. Kita sedia maklum mendidik dan mentarbiahkan anak-anak untuk boleh baca, menghafal doa, surah dan sebagainya bukanlah suatu kerja yang mudah jika tidak disusuli di rumah. Apatah lagi di dalam mendidik dan mentarbiahkan anak-anak untuk mendirikan solat. Untuk mentarbiyah anak-anak menjadi Umat Muhammad saw, kita perlu mengambil pelajaran dari caranya Nabi Ibrahim as, seperti  Allah diceritakan dari isi doanya Nabi Ibrahim dalam surah Ibrahim berikut ini: Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berhampiran rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. Ya Tuhan kami, sesunggu...

Minggu ke tiga persekolahan

Anak Rusa sebuah rumah di dalam hutan anak rusa intai di tingkap seekor arnab berlari mengetok pintu tok..tok.. tolong! tolong ! katanya si pemburu nak tembak saya beng! beng! mari masuk ke dalam  bersuka ria ... Hey!... ( sambil melompat ) Ini adalah sebahagian dari lagu yang kami ajarkan kepada kanak-kanak di tadika. Kali ini kanak-kanak di tadika kelihatan seronok kerana mereka dapat belajar, bermain dan menyanyi bersama. Di awal persekolahan  aktiviti nyanyian kerap digunakan bagi menarik minat kanak-kanak. Dengan kepelbagaian aktiviti nyanyian dan pergerakan kanak-kanak dapat memberi tumpuan kepada guru.  Walaupun aktiviti nyanyian dianggap sekadar hiburan, sebenarnya aktiviti ini banyak  menyumbang beberapa kebaikan kepada kanak-kanak di tadika khasnya. Antara kebaikan yang dapat diperolehi dengan menyanyi ialah : Dengan menyanyi kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perbendaharaan kata dan pembacaan terutamanya kepada kanak-kanak disleksia...

Sukaneka 2010 Tadika Intan Bestari

T IADA siapa dapat menafikan kepentingan untuk anak mencapai tahap akademik yang tinggi kerana ia jaminan untuk memperoleh kehidupan lebih baik pada masa depan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan dalam kehidupan anak yang kebanyakan masa dipenuhi dengan proses pembelajaran secara formal, dengan menggalakkan mereka terbabit dalam bidang sukaneka.  Ini kerana, banyak nilai positif dalam sukan yang boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, sekali gus menjadikan anak lebih dinamik dan mampu berdaya saing dalam pasaran kerja kelak.  Susulan itu, Tadika Intan Bestari turut menganjurkan Program mini sukaneka tahun 2010 pada 6 Mac yang lalu. Antara Kepentingan aktiviti sukan, ialah  membantu proses pertumbuhan kanak-kanak supaya mereka menjadi insan seimbang yang serba boleh. Disamping dorangan Ibu bapa  kepada anak supaya terbabit dan aktif dalam aktiviti sukan  itu membantu mereka menjadi lebih fokus terhadap matlamat yang diingini di samping menggila...

Suasana sambutan Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari 2010

B ertemu kita dilembaran kali ini ingin mengupas aktiviti-aktiviti yang telah diadakan pada bulan Mac yang lalu. Pada 4 dan 5 Mac 2010 buat pertama kalinya kami mengadakan Program Maulidur Rasul secara berasingan. Memandangkan pelajar dari cawangan Taman Sri Andalas telah meningkat. Antara aktiviti yang telah kami adakan ialah perarakan di mana semua anak-anak sedari usia 3 hingga 6 tahun dididik berarak mengelilingi taman dan lorong kampung sambil berselawat. Masyarakat taman dan kampung turut memberi kerjasama semasa anak-anak sedang berarak.  Disamping itu kami juga mengadakan persembahan mengikut usia yang bertemakan Rasulullah antara lagu yang dinyanyikan ialah anak nabi kita, Rasulullah dalam mengenang mu, Born in Mekka, dan macam-macam lagi. Ternyata anak-anak memiliki bakat yang tersendiri. Malah ada kanak-kanak berusia 4 tahun sudah pandai membaca hadis meskipun pelat tetapi maksud yang ingin disampaikan itu jelas.  Selain daripada itu kami juga mengadakan peraduan me...