Skip to main content
TIPS MEMBINA SEBUAH KELUARGA YANG CEMERLANG 


Solat berjemaah bersama samada di masjid atau di rumah (Subuh, Maghrib dan Isyak)

Bagi suami isteri yang bekerja, solat berjemaah bersama anak-anak biasanya dilazimi pada waktu subuh, maghrib dan isyak memandangkan pada waktu siang harinya masa suami isteri banyak dihabiskan di tempat kerja manakala anak-anak pula di sekolah. Moga-moga denga waktu berjemaah yang hanya 3 waktu ini mampu menyemai kasih sayang bersama.

Makan makanan yang halal lagi baik dan berkualaiti

Makanan yang halal lagi baik penting untuk menjaga hati dan akal (rohani dan jasmani) bagi membina generasi yang baik dan berkualiti. Ia penting untuk anak-anak kita bagi memudahkan mereka menerima ilmu dan mengamalkannya dengan baik. Penting dalam sesebuah keluarga untuk menjaga kebersihan. Kerana kebersihan melambangkan peribadi dan keimanan sesorang. Penting untuk memastikan suasana keluarga adalah harmoni dan sejahtera. Selain itu kebersihan rumah dan diri juga penting untuk menghalau syaitan daripada mendekati kita.

Membaca buku-buku ilmiah

Anak-anak mesti diasuh agar membaca buku-buku ilmiah agar otak mereka akan sering berfungsi dengan baik bagi melahirkan generasi rabbani yang tidak kering dengan idea dan sentiasa berfikir untuk masa depan lebih-lebih lagi masa depan Islam. Lagipun banyak berlaku fenomena di mana ummat Islam adalah golongan yang lambat berfikir. Moga-moga usaha kita ini mampu membina insane muslim yang cerdas.

Imej yang kemas dan tidak selekeh

Perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak dan diri kita sendiri supaya imej perlulah sentiasa kemas dan tidak selekeh. Ini penting untuk keyakinan diri dan menunjukkan kualiti seorang muslim yang bersih dan cemerlang. Berupaya untuk berkomunikasi dan bergaul dengan baik.  Ahli keluarga perlu diterapkan cara berkomunikasi dan bergaul yang dianjurkan Islam. Anak-anak amat perlu diterapkan nilai sedemikian seperti cara menghormati orang, adab-adab bergaul dan cara berkomunikasi di khalayak ramai.
Mementingkan ikatan yang erat antara keluarga

Ibu bapa perlu menanam rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan mengajar anak-anak agar mementingkan ikatan yang baik sesama mereka. Sesekali ibu bapa walaupun sibuk dengan kerja, tidak menjadikan alasan sibuk sebagai penghalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Moga-moga dengan perhatian ibu bapa anak-anak akan lebih faham dan berasa kebertanggungjawab ibu bapa mereka terhadap keluarga.

Sentiasa membaca al-Quran dan biasakan mulut dengan Al-Quran

Penting membiasakan anak-anak dan diri sendiri dengan al-Quran. Mungkin boleh menganjurkan anak-anak membaca al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu. Tidak perlu ayat-ayat yang panjang paling tidak sepotong ayat dengan maksud untuk difahami. Moga-moga dengan ini lidah kita dan anak-anak terbiasa dengan alunan zikir dan ayat-ayat al-Quran. 

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...