ADAKAH KITA MASIH SEPERTI DAHULU ?
Manusia pada kebiasaannya hanya melakukan perkara-perkara yang disukainya sahaja walaupun pada hakikatnya perkara itu tidak perlu dilakukan. Dalam realiti kehidupan, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu atau sepatutnya kita lakukan. Kedua, perkara yang kita suka lakukan. Pada hakikatnya kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu dengan lain.
Pada kebiasaannya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang sepatutnya tidak perlu kita lakukan. Ketika kita sedang seronok menonton televisyen, tiba-tiba kedengaran azan dikumandangkan dari masjid atau surau berhampiran. Pada ketika itu apakah perkara yang perlu kita lakukan ? Kita sepatutnya perlu segera bangun, membersihkan diri dan mengambil wudhu lantas mendirikan solat sama ada di rumah atau di masjid. Namun pada kebiasaannya kita lebih suka untuk meneruskan menonton rancangan televisyen. Segera menunaikan solat itu adalah perkara yang perlu atau sepatutnya kita lakukan. Menonton televisyen pula adalah perkara yang suka untuk kita lakukan.
Sebagai seorang muslim kita semestinya melakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka melakukannya. Oleh itu, kita tiada pilihan lain melainkan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang perlu kita lakukan. Kita perlu memaksa diri melawan rangsangan yang menggoda diri kita untuk melakukan perkara yang disukai.
Untuk berjaya dalam hidup, untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan, kita perlu lebih berusaha dan berani melakukan langkah-langkah baru. Kita kena keluar dari ‘zon selesa’ menuju ‘zon mencabar’. Zon selesa ialah keadaan atau situasi yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa hadapan.
Pada hakikatnya hidup itu adalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Manusia mesti berubah atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah kerana mereka sendiri inginkannya, mereka akan berjaya. Mereka yang berubah dengan terpaksa akan gagal. Perubahan itu adakalanya akan menempuh kepahitan, kesedihan dan kesusahan. Perubahan juga memerlukan keberanian, ketabahan dan perlu konsisten. Ini semua seolah-olah akan menyeksa diri kita. Namun kesemua itu perlu ditempuh bagi mereka yang inginkan perubahan, ‘no pain no gain’. Sejak dahulu lagi kita telah diingatkan “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Ia juga boleh dinamakan sebagai mujahadah.

Mujahadah ertinya berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang dibenci oleh hawa nafsu. Bukankah hawa nafsu itu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya ia sangat bencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan. Menentang hawa nafsu, samalah seperti menentang diri sendiri. Mujahadah itu memang pahit kerana syurga itu manis.
Hidup di dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini (dunia) untuk menanam. Nanti di sana ( akhirat ) barulah kita menuai. Musim bertanam sememangnya sukar, mencangkul, membaja, menjaga dari serangga dan bermacam-macam kesusahan lagi. Namun apabila tiba musim menuai nanti, barulah terasa nikmat dan seronoknya.
Selain bersusah payah untuk memperolehi kesenangan hidup di dunia kita juga jangan lupa untuk bersusah payah bagi mendapatkan kesenangan hidup di akhirat. Bukankah kita selalu bermohon agar Allah s.w.t. memberikan kita kesenangan hidup di dunia dan kesenangan hidup di akhirat. Namun kadang-kadang kita seolah-olah hanya sekadar inginkan kesenangan hidup di dunia sahaja dengan melupakan kesenangan hidup yang berkekalan di akhirat.
Orang mukmin itu sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Terlalu banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk mendapatkan syurga. Bukankah Nabi s.a.w. telah berpesan kepada kita “syurga itu dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari dengan keseronokan”. Oleh itu marilah kita sama-sama berpesan agar rela menerima kepahitan yang sedikit dan sementara demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Alangkah ruginya kita, sekiranya kita akan menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat hanya nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.
Kita hidup sentiasa dalam batasan akidah, syariat dan akhlak islamiah. Suasana kehidupan kita sebenarnya memberi impak yang sangat besar untuk membina suasana dalaman kita. Carilah sahabat-sahabat yang boleh membantu kita agar dapat beristiqamah dengan perubahan yang kita lakukan. Marilah kita tempuh jalan-jalan orang yang cemerlang nescaya kita akan mewarisi kecemerlangan. Setelah kita berusaha segigih mungkin, maka akhirnya kembalikanlah segala-galanya kepada Allah s.w.t. iaitu tawakkal. Tawakal yang diiringi dengan doa dan diawalkan dengan usaha. Bermohonlah agar Allah s.w.t. permudahkan segala-galanya. Insya-Allah dengan usaha, doa dan tawakkal kita akan berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Comments
Post a Comment