Skip to main content

SubhanAllah Merdunya suara

SubhanAllah merdu sungguh suara adik ini dari sekolah Hafiz, Jerteh Besut, marilah kita dengarkan bersama...




Adik Muhammad yang merupakan anak ke 10 daripada 12 orang adik beradik ini tinggal di Kg. Hutan sungguh merdu suaranya dan bakal menjadi seorang Hafiz yang terbaik...insha'ALLAH. Hampir menitis air mata mendengar kemerduan suaranya...tenang rasa diri ini. 

Semoga dengan mendegar suara adik ini, kita dapat menlahirkan rasa keinsafan di dalam diri dan ingin memupuk nilai-nilai islam di kalangan anak-anak kita.
Insya allah kita doa bersama-sama.


Tajuk : Al-Quran

Al-quran itu mutiara iman
Membimbing umat dalam kegelapan

Al-quran itu petunjuk jalan
Setiap bidang dalam kehidupan
Agung Al-quran 
Menghapuskan kejahilan

Al-quran itu petunjuk jalan
Setiap bidang dalam kehidupan
Agung Al-quran 
Menghapuskan kejahilan

Iman dan Taqwa 
menyentuh jiwa
Dari segala 
Musibah melanda

Al-quran itu 
Bawa cahaya
Jadi pegangan 
Sepanjang masa
Al-quran itu 
Aman dan bahagia

Al-quran itu 
Bawa cahaya
Jadi pegangan 
Sepanjang masa
Al-quran itu 
Aman dan bahagia

Ayuh kita renung sejenak
kejahilan itu kerugian
hadirkanlah sinar keimanan
kitab al-quran jadikan pedoman

Ayuh kita bangun segera
bina bangsa majukan negara
kita lakarkan kejayaan
berpaksikan kitab Al-quran...

Al-quran itu mutiara iman
membimbing umat dalam kegelapan

Al-quran itu petunjuk jalan
Setiap bidang dalam kehidupan
Agung Al-quran menghapus kejahilan

Agung Al-quran menghapus kejahilan.....







Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari 2013

Salam ceria semua, Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Walaupun program ini dah lama dilaksanakan tetapi tak salahkan rasanya saya updatekan sahaja aktiviti yang telah dilaksanakan, di Tadika Intan Bestari. Bolehkan.... Pada bulan Feb yang lalu antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah sambutan Maulidur Rasul. Antara objektif melaksanakan aktiviti ini ialah mendedahkan kepada para pelajar mengenai  Rasulullah kita yang terakhir. Rasa cinta kepadanya melalui beberapa aktiviti yang telah disusun. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah 1. Mencintai tulisan Jawi 2. Kenali keluarga Rasulullah melalui nyanyian 3. Bercerita mengenai kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w 4. Berarak sambil berselawat 4. kuiz dan teka teki 5. Peraduan mewarna  Pelbagai hadiah disediakan kepada para perlajar. Kepada para guru Tadika Intan Bestari diucapkan tahniah dan syabas kerana menyediakan semua keperluan untuk program ini. Khusyuk mendengar kisah nabi Kami ber...

TEMA HARI GURU 2016

TEMA HARI GURU 2016   Guru Pembina Negara Bangsa 2015    Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak 2014    Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 2010   Guru Pembina Negara Bangsa 2009   Guru Pembina Negara Bangsa 2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 ...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.