Skip to main content

Nikmati Alam Ciptaan Allah


Aktiviti untuk bulan Mac 2013

Saya taklah pandai tulis skrip tetapi untuk share tak salah kan.

Perkembangan terkini Tadika Intan Bestari telah membawa para pelajar mengikuti aktiviti Riadhah sesuai dengan slogannya " Nikmati alam ciptaan Allah."

Tujuan utama aktiviti ialah mendedahkan kepada para pelajar kepentingangaya hidup sihat. Selain daripada itu kami juga mendedahkan kepada para pelajar tentang perbezaan warna, saiz dan rupa daun. Dan turut memperkenalkan kepada para pelajar tentang biji Saga.

Daun di pilih sebagai asas tentang ciptaan allah. Para pelajar dikenalkan perbezaan warna daun hidup dan mati. Saiz besar dan kecilnya daun dan bentuk yang pelbagai pada daun. Selain daripada itu para pelajar juga dikenalkan dengan kerengga.
Syukur apabila sesi soal jawab diadakan para pelajar boleh menjawabnya dengan baik. Ini membuktikan bahawa para pelajar perlu didedahkan kepada bahan-bahan maujud di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Syukur alhamdulillah, selesai aktiviti riadhah para pelajar kenal akan perbezaan saiz, warna dan bantuk daun.


Bergayut



yang ini baik untuk pinggang


Senaman..beban, baik untuk lengan

Senaman kaki...

Subhanallah..itu kerengga...

"Ini daun mati cikgu...."

Ini pokok saga, bijinya bewarna merah

Ini daun hidup warnanya hijau




Peaces..umi dan ayah....saya boleh buat....












Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...