Skip to main content

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Alhamdulillah Tadika Intan Bestari baru sahaja selesai mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1432H pada Khamis dan Jumaat minggu lepas iaitu pada 17 dan 18 Februari 2011.

Dikesempatan ini pihak Tadika ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa atas sumbangan yang telah diberikan. Ini kerana melalui sumbangan tersebut pihak kami mampu menyediakan pelbagai aktiviti, menu dan 'goody bag' kepada setiap pelajar. Berikut adalah diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.

Hayatilah hadis-hadis berikut;

Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)


Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)


Hadis 2


[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)


Hadis-3


[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)


Hadis-4

[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah.
Para sahabat bertanya,
"Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah."
Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?"
Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya"
Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?"
Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf."
Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Hadis-5


[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)


Hadis-6


[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata,
 "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu."
 Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180:
"Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."


(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)


Hadis-7


[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)


Hadis-8


[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)


Akhir madah tiada ucapan yang mampu kami lafaz melainkan ribuan Terima Kasih dan semoga Allah sahajalah yang dapat membalas jasa baik ibu bapa sekalian.


Salam Maulidur Rasul 1432H
 Daripada Kami
Warga Kerja Intan Bestari Group

'Rasulullah s.a.w
model insan
kearah generasi bertamadun.'

Insyaallah pihak kami akan memaparkan aktiviti yang telah dijalankan semasa sambutan maulidurasul 1432H nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari 2013

Salam ceria semua, Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Walaupun program ini dah lama dilaksanakan tetapi tak salahkan rasanya saya updatekan sahaja aktiviti yang telah dilaksanakan, di Tadika Intan Bestari. Bolehkan.... Pada bulan Feb yang lalu antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah sambutan Maulidur Rasul. Antara objektif melaksanakan aktiviti ini ialah mendedahkan kepada para pelajar mengenai  Rasulullah kita yang terakhir. Rasa cinta kepadanya melalui beberapa aktiviti yang telah disusun. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah 1. Mencintai tulisan Jawi 2. Kenali keluarga Rasulullah melalui nyanyian 3. Bercerita mengenai kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w 4. Berarak sambil berselawat 4. kuiz dan teka teki 5. Peraduan mewarna  Pelbagai hadiah disediakan kepada para perlajar. Kepada para guru Tadika Intan Bestari diucapkan tahniah dan syabas kerana menyediakan semua keperluan untuk program ini. Khusyuk mendengar kisah nabi Kami ber...

Sukaneka Tadika Intan Bestari 2009

Assalamualaikum wr.wb Bertemu kita di lembaran baru. Kali ini teacher nak cerita serba sedikit mengenai program sukaneka tadika tahun 2009. Pada tahun ini lebih kurang 100 orang pelajar yang menghadiri program ini. tidak kurang pula dengan ibu bapanya. pelbagai program telah disusun dan dirancang bagi memeriahkan majlis. Seperti biasa hati teacher akan berdebar-debar kerana khuatir majlis yang dirancang ada masalah. Sebelum program dijalankan seperti biasa doa dan ucapan aluan pengerusi majlis dimulai. Disusuli dengan ucapan pengetua. Setelah itu barulah majlis diikuti dengan persembahan pelajar 6 tahun yang terpilih je. Seronok apabila melihat para pelajar boleh melaksanakan persembahan setelah 1 minggu berlatih. Selepas ini barulah acara dimulai oleh pelajar 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Disusuli pula dengan acara guru, acara ibu berkumpulan, acara bapa berkumpulan dan acara keluarga. Berkat usaha bersama serta sokongan para ibu bapa Tadika Intan Bestari berjaya melaksanakan program...

TASKA INTANKU BESTARI ( TAMAN SRI ANDALAS )

Pn.Sandrawati Bt.Rama TASKA INTANKU BESTARI  NO 23 JALAN SRI DAMAK 18, TAMAN SRI ANDALAS TEL: 016-9014960