Skip to main content

Tanda Allah Berpaling Pada Hambanya

'Di antara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.'


Salam sayang semuanya.


Mendalami kata-kata ini, membuatkan saya menjadi gerun, bahkan kalaulah diambil berat dengan kalam mutiara ini, ummat Islam paling meruncing tahap kesibukkannya, mengalahkan raja jordan pun ada!

Walhal Allah Subhanahu Wa Ta'ala menetapkan setiap manusia agar sering beribadah kepadaNya, buatlah apa jua kerja yang penting ada Nilai Ibadah disisiNya, terutama apa yang dilakukannya itu kerja-kerja perjuangan, dari sekecil-kecil hal hinggalah Islam mencapai kesyumulannya ia adalah Ibadah disisiNya.

Bagi kita penuntut Ilmu Agama Allah, lagilah perlu menyibukkan diri dengan memahami Ilmu-ilmu yang terlalu luas umpama tujuh lautan terbesar dunia ini, bahkan lebih dari itu, tak cukup masa membedah ilmu-ilmu Ulama' tapi kita yang sibuk dengan urusan yang melalaikan diri. Usah kita menyesal di kemudian hari.

#ummisandra



Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Maulidur Rasul Tadika Intan Bestari 2013

Salam ceria semua, Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Walaupun program ini dah lama dilaksanakan tetapi tak salahkan rasanya saya updatekan sahaja aktiviti yang telah dilaksanakan, di Tadika Intan Bestari. Bolehkan.... Pada bulan Feb yang lalu antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah sambutan Maulidur Rasul. Antara objektif melaksanakan aktiviti ini ialah mendedahkan kepada para pelajar mengenai  Rasulullah kita yang terakhir. Rasa cinta kepadanya melalui beberapa aktiviti yang telah disusun. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah 1. Mencintai tulisan Jawi 2. Kenali keluarga Rasulullah melalui nyanyian 3. Bercerita mengenai kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w 4. Berarak sambil berselawat 4. kuiz dan teka teki 5. Peraduan mewarna  Pelbagai hadiah disediakan kepada para perlajar. Kepada para guru Tadika Intan Bestari diucapkan tahniah dan syabas kerana menyediakan semua keperluan untuk program ini. Khusyuk mendengar kisah nabi Kami ber...

TEMA HARI GURU 2016

TEMA HARI GURU 2016   Guru Pembina Negara Bangsa 2015    Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak 2014    Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 2010   Guru Pembina Negara Bangsa 2009   Guru Pembina Negara Bangsa 2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 ...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.