Skip to main content

Didik Anak Solat


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS




Didik Anak Untuk Solat

عَنْ عَمِّهِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا الصَّبِيَّ الصَّلَاةَ ابْنَ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا ابْنَ عَشْرٍ

Dari Abdul Malik bin Ar Rabi' bin Sabrah dari Ayahnya dari datuknya ia berkata;
"Rasulullah SAW  bersabda: "Ajarkanlah solat kepada anak-anak diumur tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika meninggalkan solat di umur sepuluh tahun." (HR Tirmizi No: 372)

Pengajaran:

1.  Didiklah anak-anak kita solat sejak kecil – ajak solat bersama dan berjemaah.

2.  Proses membimbing, memujuk, dan menggalakkan anak-anak agar menunaikan solat sejak berumur 7 tahun hingga 10 tahun dengan sabar dan bersungguh-sungguh (3 tahun mengasuh dan membimbing anak agar solat sehingga ia menjadi tabiat dan kebiasaan).

3.  Disiplinkan anak-anak dengan menghukum mereka apabila berumur 10 tahun apabila masih enggan menunaikan solat

4.  Sayangilah anak-anak kita dengan memberikan didikan yang betul – ada waktu dalam tempoh belaian dan pujukan (selama 3 tahun). Sampai masa mereka perlu dihukum jika meninggalkan solat fardhu.  
   
Ayuh, didik anak-anak agar solat dengan cara yang betul.    
       


Mendapat Pengampunan Dosa Antara Jumaat

عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

Dari Salman Al Farsi berkata, "Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang laki-laki mandi pada hari Jumaat lalu membersihkan diri sebaik mungkin, memakai wangian atau haruman yang ada di rumahnya, lalu keluar menuju Masjid (untuk melaksanakan solat Jumaat), dan ia tidak memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) pada tempat duduknya lalu dia solat sebagaimana yang dianjurkan baginya dan diam mendengarkan khutbah Imam, nescaya dia akan diampuni dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan jumaat berikutnya." (HR Bukhari No: 834)

Pengajaran:

1.  Antara keutamaan lelaki pada hari Jumaat ialah bersiap awal untuk ke masjid.

2.  Antara adab yang digalakkan pada hari Jumaat:


a.  Mandi sunat Jumaat dengan membersihkan badan sebaiknya
b.  Berwangian
c.  Memelihara adab semasa masuk ke dalam masjid dengan tidak melangkah bahu para Jemaah atau menyelit atau mencelah sehingga memisahkan dua orang yang telah duduk
d.  Duduk diam untuk mendengar khutbah

3.  Orang yang berbuat demikian akan di ampunkan dosanya sehingga bertemu Jumaat yang akan datang.



Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...