Skip to main content

TENTANG KAMI






Ahlan Wah Sah Lan
Sekapur sireh seulas pinang.
Assalamualaikum wr.wb dan salam sejahtera
Firman Allah Taala yangbermaksud:
“Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak-anak kamu adalah cubaan hidup bagimu dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”
Anak-anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan asuhan serta didikan yang baik sejak kecil lagi. Seperti kata pepatah: 
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Oleh itu anak-anak perlu diberikan didikan sejak kecil lagi agar menjadi anak soleh dan solehah, berbakti dan sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. Sehubungan dengan itu, didikan yang terbaik adalah didikan yang benar-benar berpaksikan acuan al-quran  itu sendiri. Oleh itu ,pihak Tadika Intan Bestari bersedia menawarkan sebuah tadika yang memberi penekanan dalam dua bidang sekaligus antara agama dan akedemik demi keseimbangan di dalam proses pendidikan anak-anak.
Tadika Intan Bestari telah ditubuhkan pada tahun 1998 secara tidak raasminya, dan pada tahun 2004 telah berjaya mendapat lesen dan permit-permit penubuhan tadika.
INTAN BESTARI bermaksud permata hati yang perlu dipupuk dengan nilai-nilai murni dan ilmu pengetahuan yang sejajar dengan tahap perkembangan mereka agar terus bersinar demi menjadi insan berguna serta berwawasan dimasa hadapan.

Tadika Intan Bestari merupakan sebuah tadika yang telah berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan agensi-agensi yang berkaitan dengan nombor pendaftaran JPS B5A0156.

Di Tadika Intan Bestari, kami memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan semua aspek perkembangan yang menyeluruh seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Pelajaran.
Semoga kanak-kanak yang mendapat pendidikan di Tadika Intan Bestari akan menjadi insan yang seimbang  dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta berketrampilan.
‘ Pendidikan awal kanak-kanak ialah pendidikan yang bermula sebelum berusia 6 tahun.’ – Aristotle dan Plato.



MISI TADIKA INTAN BESTARI
Memberi peluang kepada kanak-kanak memperolehi maklumat, pengalaman dan perkembangan  yang menyeluruh sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar.

OBJEKTIF TADIKA INTAN BESTARI

1.      Membuka minda ibu bapa bahawa kanak-kanak merupakan individu yang boleh dan mudah menerima sesuatu pembelajaran dari seawal usia.

2.      Meningkatkan semua aspek perkembangan kanak-kanak untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

3.      Melahirkan kanak-kanak yang boleh membaca, menulis, mengira  dan celik komputer.

4.      Membina keyakinan diri, kepercayaan dan kemesraan kanak-kanak terhadap persekitaran mereka.

5.      Memberi pendedahan pendidikan, pergaulan dan pembinaan asas-asas Islam dalam diri dan kehidupan kanak-kanak.

6.      Memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk menanggani masalah penjagaan anak-anak.

“Ajarlah  dan didiklah anak-anak kamu sesuai dengan zaman yang akan dihadapinya.”    
Umar  al-Khattab





KONSEP TADIKA INTAN BESTARI

Tadika Intan Bestari diwujudkan bertujuan untuk mengubah budaya berasaskan ingatan dan  pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikir secara kreatif dan  berkebolehan menyelesaikan masalah. Berlandaskan Falsafah Pendidikan  Kebangsaan, matlamat Tadika Intan Bestari adalah memberikan penekanan pada perkembangan  individu secara menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja pada  domain intelektual tetapi juga kepada pembentukan warga Malaysia berakhlak  mulia, cekap teknologi maklumat, bersifat global dan mampu beroperasi dalam  arena antarabangsa.
Harapan kami agar segala usaha yang dilakukan ini akan dapat melahirkan generasi bertamadun dan berdaya saing serta bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanahair.


Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...