Skip to main content

Sesi Pendaftaran Tadika Intan Bestari 2013


hmmmm...apa khabar semua....

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi menghantar anak-anak ke Tadika Intan Bestari. Terima kasih juga kerana masih memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik dan mengasuh anak-anak anda.

Hakikatnya bukanlah sesuatu  yang mudah untuk kami melaksanakan tugas sebagai pendidik, kerana anak-anak permata negara ini,  bakat dan keupayaan mereka perlu digilap dan diasah agar apabila besar  nanti akan menjadi insan yang cemerlang. Insyaallah cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Bagi kami, semua program atau aktiviti yang disusun sepanjang tahun ini adalah menjurus ke arah itu. Adalah menjadi satu kepuasan apabila dapat melihat anak-anak Tadika Intan Bestari dapat membaca, menghafal surah-surah dari al-Quran, menghafal hadis-hadis dan doa-doa serta bermacam-macam lagi sebagaimana yang telah kami susun. Dalam masa yang sama juga semua perkembangan yang lain yang sepatutnya diperolehi oleh mereka tidak kami abaikan. Dalam pada itu peranan ibu bapa juga harus diambil kira supaya matlamat dan tujuan kami  selaras dengan apa yang ibu bapa harapkan. Kesimpulannya kemenjadian anak-anak kita adalah disebabkan pelbagai foktor yang berada di sekeliling mereka. Kitalah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk itu.

Teruskanlah doakan dan berilah sokongan kepada  kami.  Insyaallah barisan cikgu-cikgu Tadika  Intan Bestari akan berusaha sebaik mungkin.

Doakan juga untuk kami agar terus sabar, kreatif dan inovatif di dalam menjalankan tanggungjawab ini...




Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

IKHLASKAH KITA ATAU KITA YANG TAK KENANG BUDI...

Assalamualaikum wr.wb... kali ini kita membicarakan topik tentang ikhlas..... Ramai di antara kita, suka menolong orang lain. Tetapi ramai juga yang merasa kecewa kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Itu nada kecewa yang seringkali kita dengar. Banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja tetapi di dalam hati membebel panjang? Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa. Kenapa agaknya kita rasa sebegitu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar saja mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan. Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi. Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi? Ataukah mungkin kita yang TIDAK...