Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Di mana ada kelapangan

Watch "Aariz Riduan membaca tulisan Jawi" on YouTube Setelah adik Aariz selesai mengaji, Cikgu Sandra mengambil kesempatan untuk mengajar beliau membaca buku tulisan jawi. Walaupun agak lambat tetapi Aariz tetap berusaha untuk cuba membaca. Inilah jiwa seprang guru.  Demi pelajarnya kami sanggup mengambil kesempatan untuk mengajar. **** Doakan semoga cikgu terus sihat dan bersabar melayan karenah pelajarnya.

Hari pertama selepas cuti.

Salam ceria.... Hari pertama selepas cuti sekolah seminggu. ..Alhamdulillah. .semua pelajar hadir seperti biasa dan suasana an  dan damai je...syukur...tak de yang menangis. Tetiba dpt sms dr seorang ibu katanya anaknya tak nak dtg ke sekolah, kononnya ada cikgu marah. Ha..ha..kelakar pun ada. Sabar ajelah....cikgu kelas dia ialah cikgu yang sangat lembut tak pernah tinggi suara. Ada..ada je budak ni...seronok cuti ni...habis nama cikgu yang di jual. ~~ kanak-kanak pandai mencipta alasan supaya orang dewasa mengiyakan apa yang mereka utarakan..~~ Bijak betul kanak-kanak sekarang.  Bila saya fikir2..betul juga. Sama kesnya seperti anak saya. Dia suka mencipta alasan. Ada sahaja masalah dan alasan yang diberi utk tidak melakukan suatu tugasan yang di beri.

Sayangkan nabi

Salam ceria buat semua teman blogger... Pagi ni saya mulai dgn selawat nabi. Untuk renungan kita bersama dan untuk di kongsi bersama kebaikannya.

Cuti dah habis....

Salam ceria... Esok Tadika Intan Bestari akan beroperasi seperti biasa.... Bagaimanalah dgn para pelajar....diharap tak delah yang meragam.... Anak-anak jangan meragam ye...

Program Cuti Sekolah Tadika Intan Bestari

Pihak kami begitu prihatin dengan tahap pembacaan para pelajar di Tadika Intan Bestari. Justeru itu kami telah pun menyediakan aktiviti Khas untuk semua pelajar sepanjang cuti sekolah. Berikut merupakan keterangannya. Tarikh                  : 25.03.2013  hingga   29.03.2013 Hari                     : Isnin     hingga   Jumaat Masa                   : 8.30 - 10.30 am Bayaran               :  PERCUMA Pakaian               : Bebas & Menutup aurat  

PARENTS'DAY 1 /2013

. Parents’ day merupakan hari perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas masing-masing.Pada hari tersebut ibu bapa dan guru akan berbincang dan berkongsi maklumat mengenai setiap perkembangan pelajar. Tujuan utama program ini diadakan ialah  1. Berkongsi maklumat perkembangan anak-anak di rumah dan di tadika 2. Bersama mengatasi masalah sekiranya ada. 3. Bersama melaksanakan aktiviti yang menghala kearah perkembangan pelajar. 4. Merapatkan lagi hubungan 3 deminsi antara ibu bapa, guru dan pelajar. Jika kesemua tujuan ini tercapai maka semua masalah yang dihadapi oleh pelajar akan dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing. Tarikh : 22 Mac 2013 ( Jumaat ) Masa : 8.00 - 11.30am Cawangan : Jalan Yadi Tarikh : 22 Mac 2013 ( Jumaat ) Masa : 4.00 - 6 .00 pm Cawangan : Sri Tanjung Kerjasama daripada pihak ibu bapa kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Cuti Pertengahan penggal 1

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1/  2013 Tarikh : 23.03.2013 - 31.03.2013

Kenangan pelajar 6 tahun 2013

Semoga sihat hendaknya...nak share sedikit..inilah barisan pelajar 6 tahun bagi sesi 2013. mudah-mudahan mereka masih mengingati cikgu lagi apabila mereka besar nanti. kenangan bersama...  Barisan hadapan dari kiri : Alya Adriana, Safiah Nadhira, Nur Auni Haziqah, Nur Kamilia Qistina, Nur Aliah, Nur Alya Farhah, Maira Nur Insyiraah, Nur Sa’adah. Barisan Belakang dari kiri: Muhammad Amir Harith, Muhammad Aariz Ridhuan, Aisy Muhammad Harits, Mohd Syafiq, Luqman Danish, Ahmad Fairus Safuan, Muhammad Aqmar Danish, Muhammad Amirul Adli Cikgu Renni Miskan & Cikgu Sandrawati Rama Barisan hadapan dari kiri : Nur Nabila Izzati, Nur Alya, Miza Hana, Siti Aina Maisarah, Nur Syazana, Kyra Nea Jasmine, Nur Irdina Batrisya, Nur Qairien Allisya, Barisan tengah dari kiri: Ainin Sofiya, Nur Dania Fairish, Nurin Damia, Nur Insyirah, Huzair Hani, Wan Hilman Addle, Irfan NAufal, Haikal Muhaimin, Barisan belakang dari kiri : Cikgu Nor Irayati, Cikgu Nur Jamilah, Adam Ha...

Nikmati Alam Ciptaan Allah

Aktiviti untuk bulan Mac 2013 Saya taklah pandai tulis skrip tetapi untuk share tak salah kan. Perkembangan terkini Tadika Intan Bestari telah membawa para pelajar mengikuti aktiviti Riadhah sesuai dengan slogannya " Nikmati alam ciptaan Allah." Tujuan utama aktiviti ialah mendedahkan kepada para pelajar kepentingangaya hidup sihat. Selain daripada itu kami juga mendedahkan kepada para pelajar tentang perbezaan warna, saiz dan rupa daun. Dan turut memperkenalkan kepada para pelajar tentang biji Saga. Daun di pilih sebagai asas tentang ciptaan allah. Para pelajar dikenalkan perbezaan warna daun hidup dan mati. Saiz besar dan kecilnya daun dan bentuk yang pelbagai pada daun. Selain daripada itu para pelajar juga dikenalkan dengan kerengga. Syukur apabila sesi soal jawab diadakan para pelajar boleh menjawabnya dengan baik. Ini membuktikan bahawa para pelajar perlu didedahkan kepada bahan-bahan maujud di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Syukur alhamdulillah, se...

SubhanAllah Merdunya suara

SubhanAllah merdu sungguh suara adik ini dari  sekolah Hafiz, Jerteh Besut, marilah kita dengarkan bersama... Adik Muhammad yang merupakan anak ke 10 daripada 12 orang adik beradik ini tinggal di Kg. Hutan sungguh merdu suaranya dan bakal menjadi seorang Hafiz yang terbaik...insha'ALLAH. Hampir menitis air mata mendengar kemerduan suaranya...tenang rasa diri ini.  Semoga dengan mendegar suara adik ini, kita dapat menlahirkan rasa keinsafan di dalam diri dan ingin memupuk nilai-nilai islam di kalangan anak-anak kita. Insya allah kita doa bersama-sama. Tajuk : Al-Quran Al-quran itu mutiara iman Membimbing umat dalam kegelapan Al-quran itu petunjuk jalan Setiap bidang dalam kehidupan Agung Al-quran  M enghapuskan kejahilan Al-quran itu petunjuk jalan Setiap bidang dalam kehidupan Agung Al-quran  M enghapuskan kejahilan Iman dan Taqwa  menyentuh jiwa Dari segala  Musibah melanda Al-quran itu...

Aku RIndu Padamu Ya Rasulullah....

KERINDUAN Ya Rasulullah, Ya Habibullah Wahai kecintaan ku kerinduan ku sentiasa membara Ya Rasulullah, Ya Habibullah Tangisan ku merindui Mu Bilakah lagi dapat menziarahi mu Ya Rasulullah, Ya Habibullah Tangisan ku mengharap syafaat mu Siapalah aku disisi mu Ya Rasulullah, Ya Habibullah Dipagi Ramadhan ni aku terlalu pilu Apakah aku semakin jauh  Atau dekat dengan mu Ya Rasulullah, Ya Habibullah Tiada satu amalan yang dapat ku banggakan Mohon belas kasihan mu Ya Rasulullah, Ya Habibullah Tiada amal ibadah yang sempurna dan bererti kalau tiada syafaat mu Akan sengsara akhir nanti Betapa banyak dosa yang ku bawa nanti Semoga tiada kecewa duhai Junjungan ku Oleh : Lily mawar Dec 2007 Sempena kerinduan pada mu Rasul..Tadika Intan Bestari turut diundang untuk mengikuti program menulis tulisan jawi  'Saya Sayang Nabi'. Disamping aktiviti menulis tulisan jawi anak-anak dan ibu bapa disajikan dengan cerita dan kisah nabi. Dan akhir sekali para ibu bapa disajikan dengan santapan ro...