Skip to main content

Sambutan Maulidur Rasul 1433H


Assalamualaikum wr.wb.

Ibu bapa / penjaga yang dirahmati Allah.

Semoga berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah s.w.t.
Setiap tahun umat Islam di dunia akan meraikan hari kelahiran nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Umat di seluruh Negara khususnya dan Malaysia amnya pasti mengadakan pelbagai aktiviti  sempena memperingati sejarah nabi junjungan kita.

Di Tadika Intan Bestari kami juga tidak terlepas untuk mengadakan aktiviti yang sama. Pelbagai aktiviti telah disusun dan dirancang. Berikut merupakan butiran lanjut Sambutan Maulidur Rasul 1433H :

Program : Rasulullah Dalam Kenangan

Objektif :
1. Mendidik para pelajar berselawat ke atas nabi junjungan.
2. Menghidupkan suasana berarak sambil berselawat.
3. Mengingati sejarah ringas nabi.

Tarikh : 09 .02.2012  ( Khamis  )

Masa : 8.00 - 12.00 tgh

Tempat : Tadika Intan Bestari, Cawangan Jalan Yadi.

Pakaian: (P) Baju kurung dan bertudung
              (L) Baju Melayu, Bersampin dan bersongkok / berkopiah.



Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...