Skip to main content

Guru Prasekolah Pengurusan Mata Pelajaran

Tugas sebagai seorang guru prasekolah bukanlah sekadar mengajar ABC, 123 atau alif, ba. ta sahaja namun guru prasekolah harus melaksanakan beberapa perkara untuk memastikan perjalanan tadika berjalan dengan lancar.  Di antara tugas yang penting ialah guru sebagai pengurus mata pelajaran.

Pengurusan Mata Pelajaran
  1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
  2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.
  3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
  4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
  5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukp, memeriksa buku latihan dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.
  6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.
  7. Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
  8. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.
  9. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan.
  10. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran sama ada dikelolakan oleh  Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Negeri / Persatuan . Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
  11. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  12. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan, memastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.
  13. Mengadakan ruang-ruang pembelajaran di kelas.
  14. Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.
  15. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

IKHLASKAH KITA ATAU KITA YANG TAK KENANG BUDI...

Assalamualaikum wr.wb... kali ini kita membicarakan topik tentang ikhlas..... Ramai di antara kita, suka menolong orang lain. Tetapi ramai juga yang merasa kecewa kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Itu nada kecewa yang seringkali kita dengar. Banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja tetapi di dalam hati membebel panjang? Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa. Kenapa agaknya kita rasa sebegitu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar saja mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan. Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi. Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi? Ataukah mungkin kita yang TIDAK...