Skip to main content

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

ASSALAMUALAIKUM WR.WB.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
”Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata:
 “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

As-Sirri As Saqati berkata:
 “Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tiada lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”


Alhamdulillah, kita masih diberi umur untuk menyambut sambutan Maulidurrasul untuk 1431 hijrah ini. Segar ingatan tentang tarikh 12 Rabiul Awal tahun gajah semasa kelahiran baginda RasulAllah Muhammad (SAW). Tahunnya sahaja dah jadi tahun gajah. Signifikan tentang 1 batalion gergasi yang menyerang kota Mekah dek kerana kemajuan ekonomi yang dikecami Mekah oleh tentera Abrahah.
Apabila ditanya apakah yang signifikan tentang sambutan Maulid ini  kepada beberapa remaja muslim  amat malu sekali apabila mereka menjawap, Maulidurrasul itu cuti umum, dan lebih sadis apabila kebanyakan mereka masih belum tahu lagi apakah itu Maulid.
Justeru itu kami di  Tadika Intan Bestari tidak akan melepaskan peluang ini. Kami turut mengambil kesempatan ini dengan mengadakan program sambutan maulidur rasul seperti diketetapan dibawah:
Tarikh     : 4 Mac 2010 / 18 RabiulAwal 1431 H  
Tempat   : Sri tanjung ( Gabung dgn pelajar Sri Damak. )
......................................................................................
Tarikh     : 5 Mac 2010 / 19 Rabiul Awal 1431H
Tempat  : Jalan Yadi ( Gabung dengan pelajar Teluk Pulai )
.....................................................................................
Semua kanak-kanak 3 - 6 tahun diminta memakai baju kurung / baju melayu.
....................................................................................
Aktiviti yang bakal diadakan:
1. Peraduan Mewarna
2.  Perarakan
3.  Hafazan
4.  Nasyid.
5.  Kuiz 
....................................................................................
Akhir kata, doakan semoga majlis yang dirancang mendapat kerahmatan dan keberkatan Allah s.w.t.

" Menghidupkan sunnah Rasulullah"

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

Minggu Suaikenal 2010

Asslamualaikum  dan salam sejahtera Minggu suaikenal sudah berlalu, pelbagai ragam dan karenah kanak-kanak dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang melompat-lompat, ada yang berlari dan ada yang kelihatan seronok dan gembira. Di pihak ibu bapa pula ada yang kelihatan risau dan bimbang. Kepada semua ibu bapa tidak perlu berasa risau jika anda baru pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau ke taska kerana ini adalah proses awal persekolahan mereka. Lumrah kanak-kanak untuk menangis, mengamuk atau melarikan diri apabila berlaku perubahan di persekitaran mereka. Ini kerana mereka baru hendak menyesuaikan diri di tempat baru, baru hendak mengenal guru dan  juga baru hendak mengenal teman-teman mereka. Proses perubahan ini akan memakan masa seminggu ke tiga bulan. Justeru itu semua ibu bapa diharap dapat bersabar dan teruslah memberi sokongan kepada anak-anak. Mungkin tidak semudah yang dibicarakan, tetapi percayalah semua guru-guru di tadika pasti mampu menghadapi si...