Semua ibubapa menginginkan anak-anak yang petah dan bijak berbicara. Mendengar celoteh anak-anak ketika pulang dari kerja, bagaikan satu terapi untuk menghilangkan stress.
Pasti ramai ibubapa akan bimbang jika anak belum boleh berbicara dengan lebih lancar tambahan pula jika telah mencecah umur setahun lebih. Namun ada juga segelintir ibubapa memandang ringan mengenai masalah ini.
Namun mengikut kajian, masalah lambat bercakap ini tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana perkembangan bahasa ini akan memberi kesan terhadap tahap perkembangan mereka.
Ibubapa digalakan berbual, membaca, menyanyi, mendengar dan memberi tindak balas kepada anak termasuk "bahasa badan" ( body language ). Ini kerana ianya akan dapat membantu dan menggalakan kemahiran perkembangan bahasa anak. Tahukah kita, ibubapa digalakan berbual dengan bayi, walaupun masih dalam kandungan lagi?
Untuk membantu merangsang perkembangan bahasa anak , adalah digalakan ibubapa mula membaca kepada anak sejak mereka kecil lagi dan jadikanya sebagai rutin harian. Selalunya, ketika ibu atau bapa membaca, anak l akan mendengar dan melihat gambar. Ini akan menimbulkan minat anak dan mereka akan mula bertanya soalan mengenai cerita tersebut. Dengan cara ini, ia dapat membantu perkembangan bahasa, merangsang kebolehan membaca dan menanam minat membaca itu sendiri.
Ibu bapa hendaklah sentiasa merangsang minat anak untuk membaca. Sewaktu tiga tahun pertama usia anak, otak berkembang dengan pesat dan mampu menyerap dengan mudah apa sahaja rangsangan yang diterima.Peluang ini harus digunakan dengan bijak oleh ibu bapa untuk merangsang otak anak dan mengajar mereka sebanyak mungkin kemahiran terutamanya kemahiran membaca.
Kebolehan membaca merupakan rangsangan yang amat bererti untuk meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak. Namun dalam ghairah merangsang intelektual anak, ibu bapa harus peka kepada keinginan dan minat anak pada waktu itu. Paksaan dan rangsangan yang terlalu banyak mungkin akan membosankan dan membebankan anak. Perkara pokok yang perlu dititikberatkan adalah menanamkan minat. Menanam minat membaca boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan seharusnya dibuat dengan penuh kesabaran dan tanpa paksaan.
Antara cara menanam minat membaca ialah:
1. Sewaktu hamil, eloklah ibu membaca al-Qur’an atau berzikir dan diperdengarkan kepada janin.
2. Melapangkan sedikit masa untuk mengajar anak. Masa tersebut perlu diisi dengan aktiviti yang berkualiti. Contoh aktiviti: Tuliskan satu perkataan ringkas dengan besar dan berwarna. Bacakan dan eja dengan jelas dan penuh kasih sayang. Atau gunakan kad bergambar (flash card) dan diikuti dengan tulisan. Tunjukkan kepada anak gambar, kemudian eja perkataan atau maklumat berkenaan gambar tersebut.
3. Semasa di dalam kenderaan, bacakan atau baca bersama-sama anak-anak nama-nama jalan, nombor plet kereta di hadapan, papan tanda iklan dan sebagainya.
4. Tunjukkan contoh teladan iaitu ibu bapa seharusnya menunjukkan minat membaca dengan cara selalu membaca di hadapan anak. Semasa ibu atau ayah membaca, letakkan anak yang masih bayi di pangkuan dan bacalah dengan suara yang agak kuat.
5. Sentiasa membawa anak ke medan ilmu seperti ke pesta buku, pameran buku, ke kedai buku, ke perpustakaan dan seumpamanya.
6. Jika bercadang memberikan hadiah, belilah hadiah buku seperti buku cerita, ensaiklopedia, kamus, buku bergambar dan sebagainya. Membiarkan anak bermain dan ‘bergaul’ dengan buku.
7. Menyediakan peruntukan kewangan atau tabung untuk membeli dan menyediakan bahan-bahan bacaan, termasuk langganan majalah kanak-kanak dan menyediakan perpustakaan di rumah.
Jangan memarahi anak kecil yang bermain dengan buku-buku anda. Sebaliknya buku-buku perlu diletakkan pada tempat yang mudah diambil oleh anak.
8. Membacakan buku cerita dan kisah-kisah nasihat kepada anak. Contohnya sewaktu minum petang atau sebelum tidur. Aktiviti ini boleh dimulakan seawalnya apabila anak telah berusia 6 bulan.
9. Menyediakan tempat khas supaya anak boleh mengambil dan menyimpan sendiri buku. Boleh juga disediakan beg atau bakul khas supaya anak boleh membawa buku ke mana sahaja terutamanya semasa perjalanan jauh.
10. Membiasakan membeli buku jika anak meragam sebagai menggantikan mainan untuk mententeramkannya.
11. Sentiasa memberi pujian dan penghargaan kepada usaha-usaha dan pencapaian anak untuk membaca.
[Petikan daripada buku “Mendidik Anak Pintar Cerdas” tulisan Dr Hasan Hj Mohd Ali, terbitan Utusan Publications & Distributors]

Anak saya, luqman dahulunya agak lambat bercakap. Kesannya bukan sahaja pada pertuturan dia, malah keyakinan diri dia pun turut menurun. Saya dapat lihat apabila luqman bersama dengan sepupu2 yang sebaya, mereka menyisihkan luqman kerana luqman tidak dapat bertutur sepetah mereka. Saya sebagai ibu turut berasa "low self esteem" apabila masyaraat keliling, terutama yang rapat dgn saya asyik menegur pertuturan luqman yang agak pelat. Malah mereka pelik, apabila saya boleh faham apabila luqman bercakap. Melihatkan keaadaan itu, saya tidak mendiamkan diri. Saya buat sedikit kajian di dalam internet, dan juga melalui pembacaan. Saya yakin, jika saya dedahkan anak saya seawal mungkin kepada persekitaran pembelajaran yang sihat, masalah pertuturan dia akan menjadi lebih baik. Maka tahun lepas (2008) saya bertekad mendaftarkan Luqman ke tadika Intan Bestari, Jln Yadi walaupun mendapat tentangan dari suami, mak mertua & ipar duai. Saya pekakkan telinga, dan alhamdulillah. Luqman bukan sahaja semakin bersemangat, malah pertuturan dia semakin lancar, dia juga boleh membaca suku kata yang mudah, dan juga boleh bertutur dalam bahasa inggeris.Suami saya yang dahulunya tidak menyenangi tindakan saya ini, kini memberi sokongan 100%. Kini, luqman tidak lagi mencemburui sepupu dia, malah sepupu dan juga ibu bapa sepupu luqman mencemburui luqman. Kerana pada usia luqman 4 tahun, dia sudah boleh mengenal abjad dan angka. Luqmna juga boleh mengira dalam bahasa malaysia, bahasa inggeris dan bahasa arab! Saya amat berbangga dgn pencapaian luqman. Syabas buat tenaga pengajar di Intan Bestari.
ReplyDeleteTerima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan. Semoga dengan komen ini kami dapat tingkatkan lagi prestasi serta mutu kerja kami. Doakan semoga kami sentiasa menjadi guru yang dedikasi, prihatin, kreatif dan inovatif.
ReplyDelete