Skip to main content

Sukaneka Tadika Intan Bestari 2009

Assalamualaikum wr.wb
Bertemu kita di lembaran baru. Kali ini teacher nak cerita serba sedikit mengenai program sukaneka tadika tahun 2009.
Pada tahun ini lebih kurang 100 orang pelajar yang menghadiri program ini. tidak kurang pula dengan ibu bapanya. pelbagai program telah disusun dan dirancang bagi memeriahkan majlis. Seperti biasa hati teacher akan berdebar-debar kerana khuatir majlis yang dirancang ada masalah.
Sebelum program dijalankan seperti biasa doa dan ucapan aluan pengerusi majlis dimulai. Disusuli dengan ucapan pengetua. Setelah itu barulah majlis diikuti dengan persembahan pelajar 6 tahun yang terpilih je. Seronok apabila melihat para pelajar boleh melaksanakan persembahan setelah 1 minggu berlatih.
Selepas ini barulah acara dimulai oleh pelajar 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Disusuli pula dengan acara guru, acara ibu berkumpulan, acara bapa berkumpulan dan acara keluarga.
Berkat usaha bersama serta sokongan para ibu bapa Tadika Intan Bestari berjaya melaksanakan program sukaneka sesi 2009 kali ini. Tidak lupa juga pada ibu bapa yang telah memberi sumbangan dan menaja makan tengahari kepada semua tetamu yang hadir. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua.
Akhir sekali, semua orang gembira pada hari tersebut. Bagi kami sukaneka kali ini merupakan hari keluarga Tadika Intan Bestari kerana pada hari tersebutlah, para ibu bapa saling mengenali antara satu dengan yang lain dan saling bertukar-tukar idea serta berkerjasama dalam memberi sokongan kepada anak-anak mereka dikumpulan ketika acara sedang dijalankan.
Didapati ibu bapa yang semangat memberi sokongan dan kerjasama kepada anak-anak mereka mendapat motivasi instrinsik untuk berjaya dan keseronokkan yang tak terhingga. kelihatan wajah anak-anak penuh dengan keceriaan apatah lagi wajah ibu bapa selain penat tetapi gembira. tidak kurang guru-gurunya.
Kepada para guru-guru Tadika Intan Bestari saya ucapkan ribuan terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

TERLENA

Indah ciptaan Allah... German_2015 TERLENA Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. . Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. . Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan. . Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? . Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua. . Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah bu...
Dalam Kenangan Hi-tea bersama-sama guru di akhir tahun.

RAMADHAN YANG DIRINDUI

#day1ramadhan Di pagi mulia ini sayu pula rasanya hati, kali ini terasa berbeda sungguh Ramadhannya berbanding Ramadhan yang lain. Usai shj subuhnya, tetiba bebola mata tidak boleh menahan sebak di hati kerana masih berpeluang lagi menemui Ramadhan kali ini. Syukur ya illahi tidak terkata, Mengenangi seorang demi seorang sahabat di panggil menemui illahi terdahulu dari kami sayunya tidak terhingga. Meskipun sehari je lagi nak Ramadhan. Allahuakbar sungguh bertuah rasanya diri kerana masih di pilih untuk mengerjakan ibadah di bulan Mulia ini. Sememangnya Ramadhan di Rindui. Terimalah amal ibdah kami semua ya Allah. ------ Rindu Ramadhan-Devotees (lyrics) Yang tahu persiapkan diri Yang rindu tak sabar menanti Hadirnya setahun sekali Keindahan yang tiada tara Kemuliaannya tak habis dibicara Penuh dengan limpahan maghfirah Ya Ramadhan Rindu...Aku rindu Rindu pada kedatangan Bulan yang padanya keberkatan (2x) Ya Allah tolong sampaikan hajatku Untuk berpa...