Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Tanda Allah Berpaling Pada Hambanya

'Di antara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari seorang hamba adalah  Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.' Salam sayang semuanya. Mendalami kata-kata ini, membuatkan saya menjadi gerun, bahkan kalaulah diambil berat dengan kalam mutiara ini, ummat Islam paling meruncing tahap kesibukkannya, mengalahkan raja jordan pun ada! Walhal Allah Subhanahu Wa Ta'ala menetapkan setiap manusia agar sering beribadah kepadaNya, buatlah apa jua kerja yang penting ada Nilai Ibadah disisiNya, terutama apa yang dilakukannya itu kerja-kerja perjuangan, dari sekecil-kecil hal hinggalah Islam mencapai kesyumulannya ia adalah Ibadah disisiNya. Bagi kita penuntut Ilmu Agama Allah, lagilah perlu menyibukkan diri dengan memahami Ilmu-ilmu yang terlalu luas umpama tujuh lautan terbesar dunia ini, bahkan lebih dari itu, tak cukup masa membedah ilmu-ilmu Ulama' tapi kita yang sibuk dengan urusan yang melalaikan diri. Usah kita menyesal di kemudia...

TEMA HARI GURU 2016

TEMA HARI GURU 2016   Guru Pembina Negara Bangsa 2015    Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak 2014    Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 2010   Guru Pembina Negara Bangsa 2009   Guru Pembina Negara Bangsa 2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 ...

TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

Tingkahlaku dan emosi kanak-kanak adalah suatu perkara yang berlainan namun saling berkaitan antara satu sama lain. Kanak-kanak adalah insan yang jujur dan tidak bijak menyembunyikan perasaannya. Sebab itulah kanak-kanak bersifat telus sehingga ia boleh menjadi saksi kejadian dalam prosiding mahkamah.             Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep diri yang positif maka  berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi. Dari segi teknik pula , tingkah laku adalah aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. ...

GRADUAN 2015 TADIKA INTAN BESTARI, Jalan Yadi Klang

Graduan CIlik Tadika Intan Bestari Klang 2015

Hi Tea Guru2 Tadika Islam Intan Bestari, Jalan Yadi , Klang 2014

Selamat Hari Ibu dari Kami warga Tadika Intan Bestari, JALAN YADI KLANG

Salam sayang buat semua. 8 Mei 2016 seluruh ibu-ibu di dunia pastinya menerima ucapan Selamat Hari Ibu samada dari anak-anak maupun dari insan yang disayangi. saya juga tidak terlepas dari menerima ucapan sedemikian. Terharu rasanya, Pada yang ingat pada ibunda mereka pastinya tak sabar2 nak meraikan hari tersebut bersama ibunda tercinta mereka. Pada yang terlupa don't be sad sebab setiap hari adalah hari Ibu cuma semalam adalah hari Istemewa buat ibu. Buat semua ibu, mummy, mom, dan ummi sedikit Quotes untuk dikongsi bersama. #selamathariibusedunia #tadikaintanbestari