hmmmm...apa khabar semua.... Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi menghantar anak-anak ke Tadika Intan Bestari. Terima kasih juga kerana masih memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik dan mengasuh anak-anak anda. Hakikatnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk kami melaksanakan tugas sebagai pendidik, kerana anak-anak permata negara ini, bakat dan keupayaan mereka perlu digilap dan diasah agar apabila besar nanti akan menjadi insan yang cemerlang. Insyaallah cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Bagi kami, semua program atau aktiviti yang disusun sepanjang tahun ini adalah menjurus ke arah itu. Adalah menjadi satu kepuasan apabila dapat melihat anak-anak Tadika Intan Bestari dapat membaca, menghafal surah-surah dari al-Quran, menghafal hadis-hadis dan doa-doa serta bermacam-macam lagi sebagaimana yang telah kami susun. Dalam masa yang sama juga semua perkembangan yang lain yang sepatutnya ...
HUBUNGI HOT LINE 0169014960