Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum kepada semua pembaca, terima kasih kerana sudi melayari ruangan ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca. Semoga apa yang dilalui tahun lalu meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit buat kita semua. Bagi kenangan yang manis jadikan ianya suatu tugu memori yang sukar dilupakan. Manakala bagi kenangan pahit pula, jadikan ianya suatu pengajaran agar peristiwa tersebut tidak kembali lagi.  Wahai pembaca yang budiman.... Hakikatnya apa yang berlalu pada tahun-tahun yang lepas mengajar kita erti kematangan. Matang di dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Kenangan manis saya pada tahun lalu... Guru-guru yang tetap setia bersama Intan Bestari. Walau dihantar ke cawangan lain pun mereka tetap berkhidmat dengan penuh dedikasi. Tadika Intan Bestari di cawangan Jalan Yadi berjaya siap sepenuhnya pada 24 December 2011. Berkat sokongan semua ibu bapa kami berhasil memb...

Menambah Nikmat Dari Allah

Nikmat itu terbahagi tiga: 1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba 2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba 3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur. Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan. Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan. Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya  jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu. Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya. Diceritakan bahawa seorang Badwi m...

Hati Terguris

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya. Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan. Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu. Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik. Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik. Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi. Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati...

Pendaftaran Taska Intanku Bestari

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada pembaca yang budiman terima kasih kerana sudi melayari blog kami. kepada penduduk sekitar klang yang menghadapi masalah penjagaan anak-anak kami sedia membantu. Jika anda menghadapi masalah untuk meletak anak-anak Taska Intanku bestari sedia membantu. Sesi pendaftaran Taska Intanku Bestari di buka sekarang. Ibu bapa boleh berhubung terus ke cawangan yang berkenanan bagi yang beminat untuk mendaftar di taska kami. Hubungi : 016-9014960

KELAS BACAAN

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi ke ruangan ini. Kepada ibu bapa di sekitar Klang, KELAS BACAAN BAHASA MELAYU & SMART READER KIDS  di Tadika Intan Bestari akan bermula seperti berikut ; TARIKH : 14 Januari 2012 HARI  :  Sabtu MASA  : 8.30 - 11.30am Berikut adalah kadar yuran yang telah ditetapkan : PENDAFTARAN : RM30.00 BAHAN        : RM 50.00 YURAN BULANAN : RM50.00

Pendaftaran 2012

Pendaftaran bagi sesi 2012 dibuka sekarang. sila hubungi penyelia yang berhampiran kawasan anda... Sesi Taklimat Tadika Intan Bestari bagi sesi 2012 adalah seperti berikut Jalan Yadi: 25 Disember 2011 ( masa : 8.00 - 12.00 tgh ) Sri Tanjung : 31 Disember 2011 ( Masa : 8.00 - 12 tgh ) Sila bawa salinan mykid, ic ibu dan ayah dan gambar anak 2 keping. Kerjasama drpd semua ibu bapa di dahului dgn ucapan ribuan terima kasih.