Tugas sebagai seorang guru prasekolah bukanlah sekadar mengajar ABC, 123 atau alif, ba. ta sahaja namun guru prasekolah harus melaksanakan beberapa perkara untuk memastikan perjalanan tadika berjalan dengan lancar. Di antara tugas yang penting ialah guru sebagai pengurus mata pelajaran. Pengurusan Mata Pelajaran Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian dan melaksanakan pengajaran mengikut ranca...