ASSALAMUALAIKUM WR.WB. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: ”Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.” Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.” As-Sirri As Saqati berkata: “Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tiada lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” Alhamdulillah, kita masih diberi umur untuk menyambut sambutan Maulidurrasul untuk 1431 hijrah ini. Segar ingatan tentang tarikh 12 Rabiul Awal tahun gajah semasa kelahiran baginda RasulAllah Muhammad (SAW). Tahun...
HUBUNGI HOT LINE 0169014960